Saturday 18 March 2017

Filled Under:

Penampakan Misteri Diantara Asap dan Debu.


Meletusnya gunung Calbuco di Chile beberapa waktu yang lalu masih meninggalkan pelbagai misteri yang tidak dapat diselesaikan. Mulai muncul susuk tubuh manusia raksasa dari awan letusan Calbuco, kini sebuah video menangkap penampakan UFO misteri berjaya membuat orang ramai terkejut.

Video tersebut dimuat naik Ana Luisa Cid di YouTube. Dalam video yang telah ditonton oleh lebih dari setengah juta orang ini, terdapat penampakan benda misteri yang berada di antara asap dan debu gunung Calbuco di atas langit.

Benda misteri yang berkelip ini melayang di udara dan muncul pada jarak beberapa meter dekat letusan. Tidak lama, objek tersebut lenyap begitu saja. "Objek bersinar melayang di udara tertangkap saat gunung Calbuco meletus. Banyak yangberkata itu hanyalah pesawat atau helikopter," tulis Ana.




"Namun, yang membuatnya aneh adalah objek itu tetap terbang di atas langit dan kemudian lenyap," tambahnya. Sementara itu, gunung Calbuco merupakan gunung berapi aktif yang tercatat terakhir meletus pada 40 tahun yang lalu.

Saintis menyatakan bahawa ada lebih dari 260 ribu manusia maut dalam masa 300 tahun terakhir kerana gunung meletus. Di Bumi, tercatat ada kira-kira 1,900 gunung berapi aktif yang siap meletus pada bila-bila saja.

Inilah video yang berjaya menangkap penampakan UFO:






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers