Saturday 18 March 2017

Filled Under:

Ratusan Piranha Makan Kepala Kerbau Dengan Lahap.



Pirahna banyak dijumpai di Sungai Amazon, Amerika Selatan. Ia termasuk ikan pemakan segala-galanya atau omnivora. Bahkan, jika persediaan makanan berkurangan, mereka akan memakan rakan sendiri yang paling lemah.

Namun, salah satu kesukaan piranha adalah bangkai. Secara berkumpulan, kawanan piranha akan memakan habis bangkai haiwan, bahkan manusia, sehingga hanya tinggal tulangnya.

Dalam sebuah video, beratus-ratus piranha kelihatan bersemangat memakan daging dari kepala kerbau. Malah, beberapa ikan melompat untuk menggigit daging dari bahagian atas kepala yang tidak terendam air.



Video yang viral ini telah disaksikan sekurang-kurangnya 170 ribu kali .
Meskipun amat berselera dengan kepala kerbau tersebut, beratus-ratus ikan itu sama sekali tidak menyentuh tangan orang yang memberi mereka makan. Lelaki yang memegang kepala kerbau tersebut juga dipuji kerana keberaniannya menyuap piranha untuk menunjukkan kebuasan si ikan.Jom saksikan video berikut ini;






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers