Tuesday 7 March 2017

Filled Under:

Ribut Punya Hal Temui Gigi Ratusan Tahun


Penemuan peninggalan dari zaman prasejarah selalu membuat kita kagum, disebabkan banyak perkara. Seperti pada dunia haiwan, yang biasanya mempunyai saiz yang sangat hebat. Sehingga membuat kita bertanya, seperti apa kehidupan masa lalu.

Biasanya penemuan dalam bentuk fosil, terkubur
didalam tanah. Sehingga tidak mudah bagi penyelidik dan saintis untuk menemuinya. Tetapi tidak sedikit juga orang awam atau amatur yang mencari fosil makhluk purba begitu saja.

Seperti penemuan gigi seekor binatang yang sudah membatu, yang timbul begitu saja di dalam batu-batu, yang menarik perhatian salah satu pemburu fosil amatur.


Jonathan Stewart, orang yang mencari sisa-sisa gigi tersebut meyakini, jika itu berasal dari badak prasejarah yang saat itu tinggal si sekitar pantai Norfolk. Ia menemuinya, selepas tebing tempat fosil itu berada terhakis oleh badai.

terdapat dua baris gigi, yang diduga milik spesies badak yang melayari kawasan sekitarnya, yang hidup 700,000 tahun yang lalu.

Stewart memanggil ahli geologi tempatan, Martin Evans untuk menyimpan sisa-sisa sebelum menghilang di bawa arus laut, kerana ia sedang mengejar penerbangan pagi hari berikutnya.

Evans menghabiskan berhari-hari, dan dengan hati-hati mengilangkan bahagian-bahagian yang menutupi fosil, sebelum melakukan pemotongan di kawasan sekitarnya.

Sisa-sisa fosil yang ditemui minggu lalu, memperlihatkan badak tersebut berasal dari tempoh interglasial Cromerian - kira-kira 700,000 tahun yang lalu. Tempoh ini dinamakan Cromer, di Norfolk.

Dua baris gigi tersebut, beberapa bahagian telah terhakis dari tengkorak atau rahang, dan tulang yang boleh jadi merupakan tulang rusuk.

Para pakar bekerja untuk menentukan, spesies badak purba mana tulang gigi tersebut berasal, tapi Evans berfikir, ini kemungkinan dari spesies yang bernama Stephanorhinus hundsheimensis.

"Mereka tinggal di Eropah, dan disesuaikan lebih untuk mencari makan di tempat yang bukan berumput," kata Evans dikutip dari mail online.

Salah satu kerangka yang paling lengkap, dari raksasa yang pernah ditemui, berasal dari kawasan yang sama pada tahun 1990.










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers