Monday, 10 April 2017

Filled Under:

Guna Plastik Ambil Gas Lpg.

Gambar Hiasan
  
Apa yang anda fikirkan jika mendengar kata gas LPG? Pasti sebuah tabung hijau bersaiz 14kg . Namun, tidak demikian dengan orang-orang di China di bawah ini.

Dikutip dari Shanghaiist,  di bandar Dongying, Provinsi Shandong, terlihat seorang wanita tengah membonceng motosikal sambil menyeret sebuah plastik bersaiz 6 meter. Ternyata di dalam plastik itu berisi dengan gas , atau yang lebih dikenali dengan gas LPG.



 Aksi selamba saja hal ini membuat para penunggang lain langsung menjaga jarak. Sedangkan wanita itu, tanpa peduli terus membawa gas tersebut hingga ke rumahnya. Padahal boleh saja sewaktu-waktu gas yang dibawanya itu meletup kerana adanya kebocoran.

Begitu sampai di rumah, wanita tersebut tanpa merasa takut memasang paip dari beg plastik yang dihubungkan ke dapur. Kemudian, dia pun TERUS menggunakan gas dari beg ini untuk memasak.





MeskiPUN berisiko, amalan seperti ini ternyata sudah menjadi hal yang wajar di sekitar wilayah Shandong. Mereka melakukan perkara tersebut demi menjimatkan kos yang dikeluarkan untuk memasak. Gas yang mereka dapatkan pun diambil secara haram dari tangki perlindungan.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers