Tuesday, 4 April 2017

Filled Under:

Satu Jam Sebelum Bersalin Baru Tahu Mengandung Lagi.


Mempunyai seorang anak tentunya adalah perkara yang sangat membahagiakan bagi semua wanita. Tidak terkecuali untuk seorang wanita berasal dari Massachusetts, Amerika Syarikat, Judy Brown.

Namun, tidak seperti wanita pada umumnya, Judy mempunyai cerita yang sangat unik. Wanita berusia 47 tahun ini mengetahui jika dirinya hamil hanya satu jam sebelum melahirkan.

Judy mengaku sempat merasakan sakit diperutnya hingga ia harus dikejarkankan ke hospital. Ketika itulah doktor yang memeriksanya mengetahui jika wanita ini hamil dan harus segera melahirkan.

Saat diberitahu jika ia sedang mengandung, Judy mengaku sempat terkejut. "Para doktor memberi tahuku, 'Itu khabar baik, tidak ada tersumbat, anda sedang hamil dan anda akan melahirkannya sekarang!'," Ujarnya menirukan percakapan doktor.

Satu jam kemudian, Judy berjaya melahirkan bayi perempuan seberat 3.6 kilogram yang ia beri nama Carolyn Rose. Bayi ini merupakan anak pertamanya dari hasil perkahwinan selama 22 tahun dengan suaminya, Jason Brown.

Sementara itu, Judy juga sempat menceritakan jika ia memang merasakan ada perubahan pada tubuhnya beberapa minggu kebelakangan ini. Namun, kerana menganggap umurnya tidak lagi membolehkan untuk mempunyai anak, ia memilih untuk mengabaikannya.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs