Tuesday, 4 April 2017

Filled Under:

Tanam Lampu Led Bawah Kulit Tangan.



Sebuah trend baru tengah melanda orang-orang yang ingin menjadi robot. Mereka menanamkan sebuah lampu LED bernama cip Northstar V1 di bawah kulit mereka.

Cip ini hanya sebesar duit syiling, lebih tipis dari ibu jari dan merupakan cincin dari lampu LED bersaiz kecil. Prosedur pemasangan lampu ini memerlukan masa 15 minit dengan syarat-syarat yang sangat ketat.

Saat dihidupkan menggunakan magnet, lima lampu dalam peranti ini akan menyala dan akan kembali ke mode sleep setelah sepuluh saat. Dianggarkan alat ini boleh menyala selama 10 ribu kali sebelum akhirnya mati dan tidak boleh diisi semula.

Sudah ada tiga orang yang ditanam dengan alat ini, termasuk pengasas Grindhouse Wetware, Tim Canon. Alat ini bertujuan untuk meniru bioluminescence, sejenis cahaya yang dihasilkan oleh haiwan seperti kunang-kunang dan obor-obor.




"Northstar V1 seperti piercing dan pembedahan plastik, ini semata-mata untuk kecantikan," ungkap seorang juru bicara syarikat. "Ini merupakan alat sederhana yang akan membuktikan kemungkinan menanam teknologi di dalam tubuh dan membuka jalan bagi pembangunan yang lebih maju dan berfungsi."

Kerana pembedahan yang dilakukan bertentangan dengan dunia perubatan, biohacker tidak mendapat sokongan daripada pasukan perubatan. Sebaliknya, mereka melakukan penyelidikan sendiri dan menggunakan seniman tato untuk menjalankan pembedahan.

Trend ini dijangka akan menjadi hit di pasaran tahun depan. Syarikat pun telah membuat upgrade dengan Northstar versi 2 yang dilengkapi dengan Bluetooth yang boleh mengawal peranti elektronik dengan pergerakan.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs