Thursday, 25 May 2017

Filled Under:

Kacang Ini Mirip Artis Hollywood.


Seorang artis bernama Steve Casino digelar "Painter of Nuts" @ "Lukisan Kacang". Gelaran itu diberikan oleh orang ramai setelah seniman ini kerana berjaya mengubah kacang tanah  menjadi patung boneka berwajah selebriti hollywood ternama.

Idea ini bermula apabila Casino sedang makan kacang. Tiba-tiba Casino sedar, kulit kacang yang tadi dimakannya mempunyai bentuk mirip seakan wajahnya sendiri.

Casino pun cuba membuat gambar kartun dari wajahnya sendiri yang dicelup di permukaan kulit kacang, lalu beralih ke wajah para selebriti.
Berjaya pada percubaan pertama, Casino pun memulakan minatnya itu hingga akhirnya menjadikan idea unik ini sebagai cabang perniagaan.



Walaupun nampak sederhana, pembuatan 'figurine' ini sebenarnya cukup sukar, Casino perlu melalui beberapa peringkat, seperti mempelajari wajah selebriti yang akan dilukisnya, lalu mencari satu daripada beratus-ratus kulit kacang yang mempunyai tekstur mirip wajah  artis, kemudian membuka kulit kacang dengan sangat hati-hati supaya tidak pecah, mengeluarkan isi kandungannya, lalu melekatkannya kembali.

Tahap seterusnya ialah menambah kaki dan pelapik agar boneka kacang buatannya dapat berdiri tegak.
Permukaan kulit kacang pun siap dilakar dengan lukisan wajah para selebriti. Pemasangan tangan dilakukan sebagai peringkat akhir.











0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs