Friday 9 June 2017

Filled Under:

Cat Kereta Warna Karat Elak Dicuri


Mempunyai kereta tentunya kerap dengan bimbang bakal dicuri. Nah, seseorang di Glasgow, Scotland, mempunyai cara kreatif untuk membuat kereta tidak diminati pencuri. Caranya pun anti mainstream iaitu membuatnya jadi berkarat.

Tidak perlu bimbang, ini bukan membuat kereta menjadi berkarat sebenar tetapi sekadar ditampal lapisan Vinyl. Clyde 's Wraps melapisi kereta van Volkswagen T5 Sportline 2014 dengan vinyl yang bergambar karatan. Tentu saja gambar tersebut benar-benar seakan asli sehingga kini dilihat dari kejauhan kereta itu kelihatan seperti besi buruk.



 Tentu saja, kereta itu menarik perhatian apabila digunakan di jalan-jalan bandar. Clyde 's Wraps mengaku sampai didatangi polis kerana kelihatan mencurigakan. Ternyata tidak hanya bikin pencuri hilang selera tapi polis pun hairan.

"Dalam 3 hari, polis mendatangiku menanyakan ada apa dengan karatan itu," tulis Clyde 's Wraps di website. "Sila ambil perhatian bahawa tidak ada yang menyalahi undang-undang dengan pergi ke bandar menggunakan kereta bergambar tapi itu akan menimbulkan kekeliruan orang lain!"







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers