Sunday 11 June 2017

Filled Under:

Lukisan Luar Biasa Diatas Batu Perhiasan



Artis bakat pelbagai yang  berasal dari Rusia, Alvia Alcedo, membuat karya yang mengagumkan. Ia melukis naga di atas batu perhiasan. Hasil karyanya sangat indah, iaitu sebuah loket cantik yang menawan. Ia hanya memerlukan cat minyak untuk dapat membuat miniatur naga yang sangat menawan di atas batu perhiasan tersebut. Saiz batu
perhiasan yang digunakan tidak terlalu besar iaitu kira-kira 5.5 cm.

Kalung ciptaan Alcedo sangat terkenal atau popular di dunia, terutamanya di platform awam utamanya DevianArt. Setelah selesai melukis batu perhiasan dengan gambar naga, kemudian kalung tersebut dapat digabungkan dengan manik-manik, bulu dan juga loket kaca. Hasil karyanya sangat menyentuh, jika dilihat maka seperti gambar sebenar. Layaknya seperti naga yang boleh dilihat secara berbeza walau hanya bahagian kepalanya saja. Beberapa karyanya juga menggambarkan sampai bahagian ekornya.

Untuk warna, terdapat dalam beberapa pilihan. Selain warna, bentuk batu
perhiasan ini juga boleh didapati dalam pelbagai pilihan. Dengan melihat karya Alcedo ini, miniatur yang ia buat tidak hanya bergambar naga saja. Tetapi juga terdapat haiwan lain seperti burung, mata dan juga bunga. Jika anda berminat dengan miniatur patung karyanya, anda boleh melihat koleksi lengkapnya di galeri milik Alcedo.



















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers