Tuesday, 13 June 2017

Filled Under:

Semua Barang Perhiasan Rumah Ini Berwarna Merah dan Putih.


Ada banyak cara tampil beza agar menonjol dibanding dengan orang lain. Itulah yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan hartanah di India dengan menggunakan serba merah putih. Semua barangnya didominasi oleh warna merah dan putih.

Sevenraj benar-benar serius dengan ciri khasnya itu. Rumah, pakaian, kereta, telefon bimbit, jam tangan hingga ubat gigi dan berus giginya berwana merah putih demi menarik perhatian orang. Pengusaha di Bangalore ini mengaku mendapat idea itu daripada Mahatma Gandhi yang selalu mengenakan putih.

"Saat masih kecil aku terus berfikir untuk menjadi orang unik di dunia ini. Jadi aku berfikir, jika semua orang memakai putih maka kenapa tidak aku mengubahnya sedikit?" tutur Sevenraj. "Jadi aku berfikir merah dan putih adalah kombinasi yang bagus, 'Merah dan putih siap untuk bertempur'. Sekarang jika aku pergi maka semua orang langsung tahu 'Oh! Itu Sevenraj!"

Semua dalam hidup Sevenraj adalah merah putih, bahkan pakaian anak-anak dan isterinya juga. Alih-alih merasa norak, ternyata kedua anak Sevenraj dan isterinya, Puspha, sangat menyokong dengan sengaja memakai baju sewarna ketika datang ke sebuah acara. Alhasil mereka sekarang menjadi selebriti tempatan sebagai "keluarga merah putih" di Bangalore dan masuk buku rekod India.

Di luar warna, Sevenraj juga taksub dengan angka 7 seperti namanya sendiri. Sang ayah memberikan nama "Seven" kerana ia memang anak ketujuh dan nama itu dianggap selamat alias tidak mempunyai konotasi apapun. Kini lelaki berusia 52 tahun tersebut juga jadi serba mengandungi angka tujuh.













1 comments:

  1. harusnya di indonesia yangbenderanya merah putih

    ReplyDelete

Followers

networkblogs