Saturday, 1 July 2017

Filled Under:

Ruang Lobi Hotel Diperbuat Kayu Terpakai


Sebuah hotel yang membina ruang lobi dengan menggunakan kayu kitar semula dinobatkan sebagai juara pertandingan hotel yang menggunakan kayu terpakai sebagai hiasan dalaman pertama di dunia.

Dikenali sebagai Hotel Hotel yang terletak di Canberra, ia merupakan sebuah hotel futuristik apabila menewaskan 100 hotel lain termasuk bagi kategori ruang pejabat, bar dan restoran.



 Pereka bentuk bangunan itu, March Studio berkata, pihaknya menggunakan kira-kira 5,000 kepingan kayu kitar semula untuk menghiasi pintu masuk lobi tersebut selain menjadikannya sebagai dinding, tangga dan perabot.

Malah, terdapat sebuah terowong yang turut dibina dengan menggunakan kayu bermula dari kawasan menyambut tetamu sehingga ruang lobi di hotel berkenaan.


  
Seorang hakim berkata, penggunaan kayu terpakai adalah satu hasil hiasan dalaman paling luar biasa dan menakjubkan.

“Pemilihan kayu itu menimbulkan suasana kemesraan dan keakraban. Mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang sangat kreatif dan di luar jangkaan,” katanya.



Kemenangan hotel itu berjaya menewaskan hotel-hotel terkenal seperti Hotel Pavilion di Shepherd’s Bush, London; Hotel Istanbul dan Hotel Skytel di China. – Agensi








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs