Sunday 21 January 2018

Filled Under:

Inilah Bandar Syurga Untuk Ulat Buku.


 Jika anda adalah  seorang pencinta buku, maka perlu datang  ke bandar  yang satu ini jika sedang berada di United Kingdom. Nama bandar tersebut adalah Hay-on-Wye. Bandar ini dikenali sebagai syurganya para pencinta buku.

Hay-on-Wye terletak berhampiran tepi sungai Wye di Powys, Wales, berdekatan dengan sempadan England. Daerah ini disebut sebagai kedai buku kerana mempunyai banyak sekali kedai buku di hampir setiap sudut kota.

Diantara sekian banyak kedai-kedai buku yang berjejer di bandar Hay, yang paling luar biasa dan menarik minat orang-orang adalah "Kedai Buku Kejujuran". Sesuai dengan namanya, kedai buku ini mengutamakan kejujuran para pembelinya.

Kedai buku ini terdiri daripada rak-rak buku yang diletakkan di pagar atau di dinding luar rumah. Kedai unik ini tidak mempunyai penjaga kedai selayaknya kedai-kedai buku pada umumnya. Ketika pembeli selesai memilih buku, maka mereka cukup meletakkan wangnya di dalam sebuah kotak surat kecil.

Kedai-kedai buku di bandar Hay umumnya menjual buku-buku lama dan klasik. Konsep bangunan juga selayaknya kedai-kedai tua yang boleh kita jumpai di filem-filem "Harry Potter".

Kewujudan kedai-kedai buku di bandar Hay bermula sejak tahun 1961. Richard Booth adalah orang pertama yang mendirikan kedai buku lama di bandar Hay yang kemudian menjadi popular dan diikuti oleh jiran-jiran. Hingga akhirnya pada tahun 1970-an bandar Hay dikenali dunia sebagai "Kota Buku" dan menerima kira-kira 500 ribu pelancong setiap tahun.

Selain terkenal akan kedai-kedai bukunya, bandar Hay juga terkenal dengan festival sastera yang diadakan pada akhir Mei setiap tahun. Ketika festival tersebut berlangsung, bandar Hay akan kedatangan kira-kira 80 ribu penulis, penerbit dan peminat sastera dari seluruh dunia.











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers