Thursday 22 March 2018

Filled Under:

Inilah Perkampungan Popeye

  
Terselit diantara benua Eropah kecil, Negara Malta adalah sebuah tempat yang mungkin tidak pernah anda harapkan untuk ditemui pada dunia nyata iaitu perkampungan Popeye. Malta yang juga dikenali sebagai Sweethaven Village ini merupakan tempat percutian keluarga yang paling ideal yang merupakan salah satu pelancongan pilihan di Malta.

 Taman hiburan di Sweethaven Village dibentuk sesuai thema watak kartun kegemaran anak-anak iaitu Popeye The Sailor Man. Menariknya lagi, desa ini adalah set pengambaran yang sebenarnya digunakan oleh Paramount Picture dan Walt Disney Productions untuk penggambaran filem Popeye pada tahun 1980, berdasarkan komik karangan E. C. Segar.

  
Di Sweethaven Village anda boleh menemui pelbagai model watak dari salah satu filem kartun kanak-kanak yang ternama iaitu Popeye The Sailor , Olive Oyl , Bluto , Swee'Pea and Wimpy . Anda juga boleh pergi menikmati perjalanan dan mengunjungi rumah bermain, pertunjukan boneka, muzium dan sesi menonton pawagam yang memaparkan filem Popeye dan bangunan yang digunakan dalam pembuatan filem Popeye tersebut .

 Anda bahkan dapat membintangi filem anda sendiri , merakam filem yang anda bintangi kemudian membawanya pulang. Tetapi kesenangan itu belum semua, masih ada banyak perkara lain yang boleh anda lihat , nikmati dan rasakan seperti melukis wajah , melihat pelbagai model belon , mendengar cerita, barbeque terbuka , kerajinan dan games  . 

Selain itu disana juga terdapat padang golf mini dan merasai wine percuma untuk kegiatan orang dewasa. Adapula kegiatan yang diadakan berdasarkan musim iaitu kegiatan aktiviti kolam , trampolin air dan naik perahu selama musim panas serta parade natal bersamaan dengan bandar mainan Santa pada bulan Disember.

 Walaupun watak-watak Popeye telah diwujudkan sejak tahun 1929, namun populariti watak-watak popaye tetap bertahan melewati beberapa dekad. Bahkan beberapa ibu menggunakan karakter Popeye untuk memujuk anaknya makan sayur  bayam. Versi Filem Popeye dicipta oleh Robert Altman dan dibintangi oleh Robin Williams dengan lokasi penggambaran di Sweethaven pada tahun 1980. Pembangunan pembinaan bangunan untuk menyokong filem tersebut bermula pada tahun 1979 dan menghabiskan masa 7 bulan untuk membina dengan bantuan 165 pekerja.

 Dalam set filem tersebut terdapat 19 bangunan kayu yang nyata, dan material kayu tersebut didatangkan dari Belanda dan Kanada kerana Malta tidak mempunyai hutan. Desa yang kesemuanya diperbuat daripada bahan kayu dibina untuk memberikan pandangan suasana tahun 1920 an. Diperlukan 8 tan paku untuk membuat set bangunan kayu tersebut dan 2000 galon cat untuk membuat bangunan kelihatan seperti kartun. Mereka juga membina pemecah ombak besar di AnchorBay, untuk melindungi set bangunan dari ombak besar.

Perkampungan Popeye berhubung dengan baik dan boleh dicapai dengan menggunakan bas dari MelliehaBay. Taman gembira dapat diakses sepanjang tahun, namun waktu buka berbeza-beza mengikut musim.

..




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers