Wednesday, 23 May 2018

Filled Under:

Tinggal Dalam Lubang Selama 20 Tahun


Seorang wanita, Quan Youzhi yang berusia 66 tahun tinggal di dalam lubang bawah tanah di sini selama 20 tahun.

Youzhi tinggal di dalam lubang tersebut yang asalnya berfungsi sebagai sistem penyaluran udara panas di bandar raya ini.

Wanita tersebut tidak mampu membayar sewa rumah sejak dia datang ke bandar raya ini.

Justeru, Youzhi mencari lubang yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal.

Dia menyara kehidupannya dengan mengutip botol-botol terbuang untuk dijual dengan memperoleh pendapatan sebanyak 10 yuan (RM5.31) sehari.

Namun, para pekerja penguat kuasa di bandar raya ini menutup lubang yang didiami penduduk tidak berumah itu dengan simen bagi mengelak ia dijadikan tempat tinggal.

Youzhi akan mencari tempat tinggal lain apabila anggota-anggota penguat kuasa itu mengusirnya keluar.

Menurut laporan media, terdapat lima lubang bawah tanah di situ yang dijadikan tempat tinggal oleh orang yang tidak berumah.









1 comments:

Followers

networkblogs