Friday, 18 May 2018

Filled Under:

Walaupun Banjir Tak Akan Tenggelam

 Banjir paling buruk melanda Lembah Mississippi di Amerika Syarikat dalam tempoh 70 tahun, menenggelamkan rumah-rumah, ladang-ladang dan jalan raya selepas paras air Sungai Mississippi naik lebih enam kali ganda daripada paras biasa.

Banjir itu berlaku kerana hujan lebat sejak bulan lalu yang menyebabkan air sungai dan anak sungai meningkat serta akibat salji tebal yang cair.
Jurutera tentera pada Selasa lalu menjalankan pemeriksaan di kawasan tebing yang ditenggelami air di Memphis, Tennessee, di mana lebar Sungai Mississippi kebiasaannya sekitar 800 meter, kini mencecah n 4.8 kilometer lebar.


Daryl Hissong dan anak lelakinya berusia tiga tahun merupakan antara beribu-ribu mangsa banjir yang terpaksa meninggalkan rumah mereka yang dilanda air lumpur akibat banjir teruk itu.


Mereka mengemas barangan mereka pada hari Ahad lalu dan keesokan paginya air naik hampir dua meter di dalam rumah mereka yang terletak di pinggir bandar Memphis.
"Kemungkinan besar ia (banjir) akan mengambil masa sehingga sebulan untuk keadaan kembali reda," ujar Hissong kepada AFP.





Tambak semula jadi telah melindungi kebanyakan kawasan Memphis daripada banjir teruk tetapi mereka yang tinggal di kawasan sungai mengalir masuk di Pulau Mud.
Banjir menenggelamkan rumah-rumah di sepanjang pinggir sungai dan semalam, air sungai melimpahi beg-beg pasir yang dibina di sekeliling sebuah kondominium.


Namun, mercu tanda muzik Graceland dan Sun Studios di Jalan Beale tidak terjejas.
Ia merupakan banjir terbesar di lembah Mississippi sejak 1937 dan air sungai itu di beberapa kawasan meningkat melebihi rekod sebelum ini. 










0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs