Showing posts with label fenomena alam. Show all posts
Showing posts with label fenomena alam. Show all posts

Wednesday, 20 November 2013

Video Ngeri ! Angin Taufan Haiyan Menganas Menghentam Filipina


Angin taufan yang diberi nama Haiyan bertiup dengan kelajuan 315 kilometer sejam dan kelajuan pusaran angin mencapai 380 kilometer per jam. Angin tersebut menghentam Filipina beberapa waktu yang lalu.

Taufan ini memecahkan rekod yang dipegang Topan Camile ketika menerjah Negeri Mississipi, Amerika Syarikat, pada 1969. Kedahsyatan angin ini mencederakan ratusan orang dan menelan sejumlah besar kematian.,


Jom layan video berikut ini.




Friday, 24 May 2013

Menakjubkan ! Indahnya Dubai Bandar di Atas Awan






Berapakah ketinggian yang harus dicapai agar kita dapat berjalan di atas awan? . Jurugambar Jerman, Sebastian Opitz telah membuat siri fotografi bandar di atas awan yang menggagumkan.

Opitz yang sekarang  tinggal di Dubai harus bangun pukul 4 pagi dan mengambil perjalanan  setinggi 414 m di Princess Tower di Dubai untuk mengambil foto-foto yang kelihatan seperti mimpi, dimana bangunan pencakar langit menembus awan dan kabut yang lembut.

Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia yang ada di Dubai juga nampak dalam siri foto karya Opitz
.



 Siri fotografi bandar di atas awan dari bangunan pencakar langit Dubai yang menggagumkan.





Sunday, 21 April 2013

Fenomena Buih Beku di Tasik Abraham , Canada


 

Abraham Lake adalah tasik buatan manusia yang terletak di bahagian barat Alberta,Canada
Tasik dihasilkan pada tahun 1972, dengan pembinaan Empangan Bighorn, dan dinamakan sempena Silas Ibrahim, seorang penduduk Saskatchewan lembah Sungai pada abad kesembilan belas. 


Tasik ini terkenal dengan kejadian pelik yang terjadi di tasik ini setiap kali tibanya musim sejuk,ia adalah buih2 yang membeku pada permukaan tasik ini, dan mereka memanggilnya gelembung ais atau buih beku. Tasik ini menjadi tumpuan kepada para juragambar untuk menangkap gambar yang
menarik yang unik pada tasik ini.

 
.Permukaan tasik yang membeku sehingga takat beku - 30C menjadikan hamparan tasik ini bagaikan sebuah marble.Jurugambar, iaitu Fikret Onal, fenomena ini berlaku adalah disebabkan gas metana yang dilepas oleh tumbuhan di dasar tasik ini dan terperangkap pada dasar permukaan tasik ini apabila tibanya musim sejuk.
sumber
                                                    jom saksikan foto-foto menarik ini:



Sunday, 14 April 2013

Bandar Samara ‘diserang’ tanah jerlus


Samara: Gambar ini seolah-olah dirakam dari sebuah filem yang mengisahkan malapetaka yang amat dahsyat.
Tetapi, imej ini sebenarnya adalah realiti harian yang dihadapi penduduk di bandar raya Samara di tenggara Russia.

Penduduk bandar itu kini hidup dalam kebimbangan selepas ‘serangan’ tanah jerlus mula berlaku di seluruh bandar itu.
SEORANG penduduk terbunuh akibat tanah jerlus di Samara, bandar raya keenam terbesar di Russia.

Kejadian dipercayai berlaku sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan kereta, bas dan sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh.

Tanah jerlus, sebahagiannya cukup besar untuk menelan sebuah lori dipercayai berpunca daripada tanah mendap yang terjadi apabila ais cair dan menyerap ke bumi. Air yang berlebihan menyebabkan tanah di bawah jalan raya di bandar itu jerlus.

Lubang besar dapat dilihat di tempat letak kereta, simpang jalan raya yang sibuk, tepi jalan dan di jalan raya besar mahupun kecil.
 
TANAH jerlus yang besar boleh menelan kereta dan mencetuskan kekecohan.
Sehingga ini, sekurang-kurangnya seorang penduduk mati akibat ditelan bumi.

Penduduk Samara sudahpun mengambil langkah menandatangani petisyen untuk mendesak pihak berkuasa mencari jalan bagi mengatasi masalah itu.
Kejadian tanah jerlus adalah perkara biasa di kawasan perlombongan.


Sunday, 24 February 2013

MISTERI FENOMENA AWAN BERLUBANG


 Fenomena awan merupakan salah satu kejadian Allah SWT yang sangat menakjubkan. Ada satu fenomena awan yang dikenal Punch Hole Cloud atau Fallstreak telah terjadi dan beberapa keping gambar sempat direkam.
 

Sebelum ini juga kami pernah menerbitkan beberapa artikel tentang fenomena awan ini. Satu kejadian ciptaan Allah SWT yang luar biasa. Fenomena ini pula disebut Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia terjadi apabila suhu air pada awan berada di bawah titik beku namun masih belum membeku karena kekurangan ice nucleation Particles.

Setelah sedikit particle air mulai membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan uap air di sekelilingnya juga membeku dan jatuh ke bumi. Ini menyebabkan adanya lubang besar di awan cirrocumulus atau altocumulus.sumber;www.detik.com



Jom lihat gambar di bawah ini.


 
 
 
 
 
 
 
 


Friday, 22 February 2013

INFO!! Rahsia Tasik Paling Masin di Dunia Terkuak


Tasik Don Juan di Antartika adalah tasik paling masin di dunia. Tasik ini terletak di McMurdo Dry Valley. Kadar garam tasik yang mencapai lapan kali ganda Laut Mati sejak lama mengundang teka-teki. Pasukan saintis dari Brown University berjaya menguak rahsia kemasinan tasik tersebut. Mereka memublikasikan hasil penelitiannya di jurnal Scientific Report baru-baru ini. geologi mencari, garam dan air di Tasik Don Juan berasal dari deposit kalsium klorida di sekitar tasik. Garam "menghisap" air di udara apabila kelembapan meningkat. Garam dan air lalu mengalir ke tasik. Air tasik juga kadang berasal dari salji yang meleleh membawa garam. Saat garam dan wap air di udara menyatu, corak gelap terbentuk di permukaan. Uniknya, corak ini juga didapati di Planet Mars. James Head, co-author dalam penerbitan penyelidikan, mengatakan bahawa Don Juan dan basin di Mars punya kesamaan. Sama-sama tasik tertutup. Sejauh ini, telah ratusan basin tertutup yang ditemui di planet merah itu. "Jadi, apa yang kami dapati di Antartika mungkin menjadi kunci bagaimana tasik bekerja di Mars masa lalu dan bagaimana kelembapan mengalir di permukaannya hari ini," kata Head. James Dickson yang juga terlibat penyelidikan, seperti dikutip Discovery, Isnin (11/2/2013), mengatakan bahawa secara umum seluruh komposisi terdapat di Marikh untuk menyokong jenis hidrologi seperti Don Juan. "Tidak mungkin ada air yang cukup di Mars sehingga boleh membentuk tasik, tetapi arus yang lebih besar di Mars masa lalu mungkin membentuk banyak Don Juan," urai Dickson. Penyelidikan untuk mendedahkan rahsia kemasinan Don Juan ini dilakukan dengan mengambil 16,000 gambar selama dua bulan terakhir. Perubahan warna dan penampakan lain tasik diamati. Diketahui, warna dan penampakan lain menunjukkan keadaan persekitaran.

sumber;-


Nuffnang Ads

Followers