Saturday 27 October 2012

Filled Under:

Bimbang jadi Highland Towers


GESA HENTI...Samy Vellu berucap pada perhimpunan itu, semalam.
GESA HENTI...Samy Vellu berucap pada perhimpunan itu, semalam.
KUALA LUMPUR: “Kami tidak mahu kejadian seperti Highland Towers berulang di kuil Batu Caves ini. Arahan henti kerja yang muktamad perlu dikeluarkan kerajaan negeri segera,” kata Pengerusi Kuil Sri Subramaniyar Swami Devasthanam, Datuk K Nadarajah yang berhimpun bersama lebih 300 masyarakat India di pekarangan kuil berkenaan bagi menyatakan bantahan terhadap pembinaan kondominium setinggi 29 tingkat di Jalan Batu Caves, di sini, semalam.
Pihaknya menggesa kerajaan negeri segera mengeluarkan arahan henti kerja terhadap pemaju projek sebagai keputusan muktamad dan bukan arahan sementara.

“Projek itu bukan saja menjejaskan struktur geologi di kawasan gua batu kapur terbabit, malah menjejaskan struktur kuil yang turut menempatkan tokong batu Muruga tertinggi di dunia,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh untuk menghalang pembinaan kondominium itu dan langkah segera perlu diambil berikutan pemaju sudah memulakan proses jualan unit kediaman berkenaan.

Katanya, projek itu hanya 400 meter dari kuil yang menjadi tumpuan penganut Hindu sempena Thaipusam dan pelancong dari seluruh dunia yang dikhuatiri boleh mengganggu kestabilan bukit batu kapur di kawasan berkenaan. Turut mengadakan bantahan aman itu, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur, Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay dan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, T Mohan.

Nadarajah berkata, pihaknya memberi sebulan untuk kerajaan negeri menghalang pembinaan kondominium itu dan jika tiada tindakan positif diambil, pengurusan kuil akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak berkaitan.


Bagi menyokong bantahan aman itu, wakil Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Lim Teck Wyn yang pernah membuat kajian terhadap struktur tanah di kawasan Batu Caves turut menyatakan kebimbangannya mengenai projek berkenaan.

Lim berkata, ia tindakan berbahaya untuk menempatkan penduduk di kawasan berdekatan Batu Caves berikutan lokasinya yang terletak dalam zon paling berisiko.

Katanya, berdasarkan kajian ekologi, pembangunan sepatutnya dimulakan dalam jarak lebih 400 meter dari kawasan gua dan pembinaan kondominium itu terletak dalam Zon Risiko Tinggi yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh.

Malah, katanya, pembinaan kondominium itu juga menjejaskan lebih 310 fauna dan 100 flora di kawasan berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers