Jam mesra alam
Jam tangan Sprout ini direka khas untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa satu langkah kecil pun mampu membantu melindungi bumi daripada terus dicemari.
Apa pun si pemakai nampak lebih relak dan bergaya dengan gabungan bahan yang dihasilkan secara semulajadi.
Koleksi bertemakan To Last Through Wear & Tear ini lebih ringan dan tahan lasak menggunakan fiber polyethylene yang kalis air serta tahan koyak.
Bahan fiber ini bukan saja lebih mesra alam lebih penting selesa pada tangan kerana sifatnya yang hampir menyerupai kulit.
Tiada plastik digunakan dalam koleksi ini sebaliknya badan dan kekunci jam dibuat 100 peratus daripada resin jagung - iaitu bahan yang tidak menggunakan sebarang minyak dalam penghasilannya sekali gus menjimat sumber semula jadi.
Ini juga bermakna bahan tersebut mudah lupus atau biodegradable.
Dalam pada itu cermin atau lensa jam dihasilkan daripada galian kristal, bahan yang seolah-olah seperti kaca.
Paling menarik sudah tentu pada jarum dan permukaan jam yang menggunakan bulu dan ibu mutiara, bahan semulajadi yang boleh 'tumbuh' semula dan sudah tentunya kurang menggunakan tenaga bagi menghasilkannya.
Tidak ketinggalan tali jam yang diperbuat daripada benang kapas organik yang sudah tentunya tanpa bahan kimia atau racun pemusnah.
Didatangkan dalam warna-warna menarik, yang pastinya bergaya sambil memelihara alam sekitar.
Direka dengan penggunaan bebas bateri, si pemakai pasti nampak menarik.
Harga untuk rekaan ini adalah dari RM 165 hingga RM 408.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20121018/st_01/Jam-mesra-alam#ixzz2ANWJhuEn
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 comments:
Post a Comment