Saintis
Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan
tahun 1975.
Presiden
Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan
menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang
dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah
ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada
kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu
diterbangkan ke Paris.
Malah ketika
sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini
termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat
ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan
di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus
membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang
dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang
pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai
1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau
diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan
keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal
Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk
membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk
menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata,
hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih
melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati
akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut,
‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan
itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad
tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya
tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan
akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat
Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut
diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul
asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu,
Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane
Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah
Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI
DALAM AL QURAN.
Namun seorang
rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya
bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam
telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya
dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr.
Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah
misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan
teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille
menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini
dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun
dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin
tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana
mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada
di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas
memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus
tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya
diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di
hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal
Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar
Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya
sendirian.
Lalu beliau
mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang
tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan
mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula
yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti
sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot)
kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang
berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri
atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang
terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan
beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia
dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai
mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam
mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel
meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang
mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran
berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka
pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran
bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia
lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat
ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran
ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta
dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati
yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan
dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman
dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam
tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi
al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan
seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada
tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures
Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku
ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille
berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains
sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar
yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan
dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam
al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai
fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam
Allah.SUMBER:http://alkurawi.blogspot.com
Sungguh takjub dengan kekuasaan tuhan.
ReplyDeletekalau udah jadi tulang belulang seperti itu firaun tidak bisa sombong lagi , hihihihihih
ReplyDeleteikh firaun sama saja ya kayak manusia ,,, tapi dia sombong sekali
ReplyDeleteada yang beda sama kepalanya gan
ReplyDelete