Monday 26 November 2012

Filled Under:

fuyo!! 10 Empayar Terbesar Di Dunia


Suatu kerajaan memperbesar pengaruhnya dengan memperluaskan wilayahnya. Keadidayaan suatu kerajaan dilihat dari luas wilayah, banyaknya penduduk, ekonomi, berapa lama suatu kerajaan itu berdiri dan juga banyak faktor lain yang mempengaruhi seperti pemerintahannya dan undang-undangya, ataupun juga kebahagiaan penduduknya. Ini adalah 10 kerajaan terbesar yang pernah ada dalam sejarah:

10. Kerajaan Akkadia (2300 SM-2200 SM)

Kerajaan Akkadia berpusat di kota Akkad (Iraq Purba). Bangsa Akkadia nenek moyang bangsa-bangsa Babylon dan Assyria. Kerajaan ini berada pada puncak kejayaannya pada abad ke 24 dan 22 sebelum Masehi. Ini dianggap sebagai kerajaan pertama yang ada di bumi. Luas wilayahnya mencapai 0. 8 juta Km persegi.

9. Kerajaan Parsi (550 SM-330 SM)



Kerajaan Parsi, Iran Kuno, adalah perkembangan dari kerajaan Median, mengatur sebahagian besar wilayah arab dan sekitarnya. Median dan Parsi juga dikenali sebagai kerajaan Medo-Persia adalah gabungan dari kerajaan-kerajaan sebelum masanya. Dibina oleh Sirus Yang Agung dan menguasai beberapa benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika.

Pada masa kemuncaknya, kerajaan ini meliputi wilayah Iran, Afghanistan, Pakistan, beberapa bahagian Asia tengah, Asia Kecil, Thrace (Eropah Tenggara-Balkan), dan Macedonian, sebahagian besar kawasan sekitar Laut Hitam, Iraq, Arab Utara, Jordan, Palestin, Israel , Lebanon, Syria, Mesir Kuno sampai ke Libya. Dalam sejarah bangsa Barat, kerajaan ini tercatat sebagai musuh dari kerajaan Yunani dalam Perang Greco-Parsi, sebagai pendahuluan dari budak termasuk di antaranya bangsa yahudi sebagai tahanan bangsa Babilonia dan kemahuan untuk penggunaan bahasa yang sama dalam wilayah ini.

Kerajaan Parsi ini kemudian diserang oleh Aleksander III dari Macedonia dan selepas itu kerajaan inipun (Macedonian) runtuh dan tercerai-berai pada 330 SM menjadi Kerajaan Ptolemaic (Mesir) and Kerajaan Seleucid. Kerajaan ini adalah kerajaan terbesr dalam sejarah. Pada masa puncak kejayaannya, wilayahnya melampaui 8. 000. 000 km persegi.

8. Empayar Rom (27 SM-476/1453 M)


Jenis pemerintahan kerajaan ini adalah aristokastik dan wilayahnya meliputi Eropah dan Sekitar Mediterranean. Kerajaan ini lemah selepas dilanda perang saudara. Beberapa peristiwa perubahan sistem pemerintahan dari Republik ke Kerajaan bertanda dari terpilihnya Julius caesar sebagai diktator yang berkuasa pada 44 SM, dan Perang Actium (2 September 31 SM). Perluasan wilayah Rom bermula ketika sistem pemerintahanya berbentuk republik, dan mencapai puncak kejayaannya sewaktu berbentuk empayar, tepatnya Maharaja Trajan. Luas wilayahnya pada waktu itu adalah 6. 500. 000 km persegi. Kerana kerajaan ini berlangsung sangat lama, pengaruhnya dalam bahasa, agama, seni bina, falsafah, undang-undang dan sistem pemerintahanya tetap ada sampai sekarang.


7. Kekalifahan Ummayah (661 M - 750 M)

Sistem khilafah adalah suatu bentuk pemerintahan Islam sebagai bentuk kesatuan politik dan kepimpinan Muslim di seluruh dunia. Kalifah adalah pemimpin muslim selepas Nabi Muhammad. Kekalifahan Ummayah adalah khalifah kedua dari 4 khalifah dan ditetapkan oleh dinasti Ummayah. Nama ini diambil dari Umayya ibn Abd Shams, moyang dari Kalifah Ummayah yang pertama. Walaupun keluarga Ummayah berasal dari Mekah, mereka memilih Damsyik sebagai ibukotanya. Kekalifahan Ummayah ini adalah bangsa Arab-Islam yang terbesar dalam sejarah. Luas wilayahnya mencapai 5. 000. 000 km2.

6. Dinasti Qing (1890-1912)


Dinasti Qing adalah dinasti terakhir di China. Bermula dari Dinasti Ming dan berlanjutan dalam bentuk Republik Rakyat China. Dinasti ini dibentuk oleh puak Manchuria Aisin Gioro (sekarang timur laut china). Bermula dari tahun 1644 dan memperluaskan wilayahnya di sekitar china membentuk Empayar Qing yang Agung. Dinasti ini menyatukan china pada 1683. Dinasti Qing kemudian jatuh selepas Revolusi Xinhai, ketika Empress Dowager Longyu melepaskan tahtanya sebagai maharaja, puyi pada 12 februari 1912. Wilayahnya mencapai 14. 700. 000 km2.

5. Empayar Rusia (1721-1917)
Empayar ini bermula dari 1721 dan berakhir pada Revolusi Rusia 1917. Empayar ini adalah lanjutan dari Tsar Rusia dan menjadi Kesatuan Soviet. Pada 1866, empayar ini memperluaskan wilayahnya dari Eropah timur ke Asia dan Afrika Utara. Pada awal abad 19, Rusia adalah negara terbesar di dunia. Wilayahnya merangkumi Benua Artika di utara sampai Laut Hitam di selatan, Laut Baltik di barat hingga ke Lautan Pasifik di sebelah timur.

4. Empayar Mongolia (1206-1368)

Empayar Mongolia bermula dari abad 13 hingga abad 14. Wilayahnya membentang dari Eropah timur ke Asia. Empayar ini adalah gabungan dari bangsa Mongol dan Turki selepas Genghis Khan diproklamirkan sebagai pemimpinnya pada 1206. Pada masa puncak kejayaanya, wilayahnya membentang dari Sungai Danube di Eropah hingga ke laut jepun. dan dari Benua Artika sampai ke Kemboja. Luas wilayahnya mencapai 24. 000. 000 km2. Pada 1294, empayar mongol pecah menjadi 4 bahagian.

3. Kerajaan Mughal (1526-1858)


Kerajaan Mughal adalah kerajaan Islam yang menetapkan sebahagian besar wilayah India dan bermula pada 1526. Kerajaan juga menetapkan sebahagian besar Asia Selatan pada akhir abad 17 dan awal abad ke-18 dan berakhir pada pertengahan abad 19. Kerajaan Mughal adalah keturunan dari Timurid dari Turkistan pada tahun 1700 an, kerajaan juga merangkumi seluruh tanah besar India. Wilayahnya pada waktu itu 4. 000. 000 km2. Kerajaan ini bermula dari kepimpinan Jalaluddin Mohammad Akbar atau Akbar yang Agung dan berakhir pada 1707 selepas kematian Maharaja Aurangzeb meskipun masih berlangsung sampai 150 tahun kemudian.

2. Kerajaan Inggeris
Kerajaan inggeris terdiri dari domini, tanah jajahan, protektorat dan mandat dan semua wilayah yang ditetapkan oleh kerajaan Inggeris. Sampai tahun 1922 Kerajaan British mempunyai 450 juta jiwa dan itu merupakan 1/4 penduduk dunia waktu itu. Wilayahnya seluas 33. 700. 000 km2. dan mempunyai kekuatan tentera yang besar dalam sejarah.


1. Empayar Uthmaniyyah (Turki 1299-1923)


Adalah kerajaan Islam yang berlangsung dari 1 November 1299 hingga 24 Julai 1924. Pada masa kejayaannya, empayar ini meliputi 3 benua, mengatur sebahagian besar Asia Barat, Timur dan Tenggara Eropah, daerah pegunungan Kaukasus dan Afrika Utara. Empayar ini berlangsung paling lama iaitu selama 7 abad. Mereka juga toleran terhadap umat Kristian dan Yahudi.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers