Sunday, 11 November 2012

Filled Under:

hari jumaat , boleh solat zohor!!???-zamrispoon


JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN ASAR
S: Bolehkah solat Jumaat dengan solat Asar ? (Anta-PMM)
J: Boleh melakukan jama’ taqdim solat Jumaat dengan Asar. Tetapi tidak boleh jama’ ta’khir, kerana solat Jumaat hanya pada waktu zohor sahaja. Caranya mengerjakannya: setelah solat Jumaat 2 rakaat kemudian bangun untuk solat Asar 2 rakaat (jika jamak qasar). Wallahu a’lam.
MUSAFIR PADA HARI JUMAAT
S: Bolehkah seseorang yang bermusafir pada hari Jumaat untuk melakukan solat jama’ qasar? (Jihad-PMM)
J: Terdapat dua jawapan bagi persoalan di atas. Jika seseorang bermusafir selepas fajar (subuh) maka wajib seseorang itu melakukan solat Jumaat iaitu berhenti di mana-mana masjid untuk solat Jumaat ( tidak boleh solat zohor). Tetapi sekiranya bermusafir sebelum fajar (subuh) maka boleh solat jama’ dan qasar (niat solat zohor). Wallahu a’lam.

MASBUQ SOLAT JUMAAT
S: Saya telah  lewat datang masjid untuk solat Jumaat. Bila saya masuk jemaah, imam telah masuk rakaat yang ke dua. Apa yang perlu saya lakukan? Sama ada menambah satu rakaat ataupun solat zohor sahaja? (Khai-PMM)
J: Dalam kes ini anda perlu menambah satu rakaat lagi. Tetapi jika anda lewat, dan imam telah masuk rakaat kedua, maka anda perlu menambah empat rakaat (solat zohor). Wallahu a’lam.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers