KUALA LUMPUR, 10 NOV 2012: Walaupun mengakui rapat dengan Rafidah Ibrahim (Fida), namun pelakon dan pelawak Zalif Sidek memberitahu bahawa hubungan mereka belumlah sampai ke tahap untuk bercouple lagi.
"Ya, memang saya dengan Fida sedang berkawan rapat. Tapi, kami belum sampai ke tahap untuk bercouple lagi. Malah, setakat ini kami tidak pernah lagi keluar berdua. Kalau keluar pun mesti dengan beberapa rakan yang lain.
"Memang saya menyukai dia tetapi saya dalam proses berkawan serta mengenali hati budinya. Tapi, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi sepanjang berkawan.
"Mungkin dia adalah jodoh saya. Mungkin juga tidak. Kalau ditakdirkan, dia berjumpa dengan orang lain nanti atau sudah berjumpa jodoh yang lain, saya terima. Tapi, buat masa ini, kami berkawan dan saya sangat senang berkawan dengannya," katanya kepada murai.com.my.
Zalif berkata demikian sewaktu diwawancara beberapa pihak media dan kenyataan itu diluahkan ketika Rafidah yang juga pelakon drama Epilog Syurga Cinta berada di sisinya.
Mengusik kenyataan Zalif itu sebagai kenyataan berbaur selamat kerana bimbang melanggar kontrak yang dimeterai bersama MIG, Fida berkata, barangkali Zalif terpaksa berkata begitu kerana terikat dengan kontrak bersama syarikat penerbitan itu yang tidak membenarkan artis naungannya bercinta.
Usikan Fida itu membuatkan Zalif berada dalam keadaan serba-salah dan wajahnya juga kemerahan-merahan. Apabila ditanya apakah benar kenyataan yang dibuat Fida itu, Zalif cepat-cepat menafikannya.
"Tidak adalah. Mana ada MIG cakap macam tu di dalam kontrak. Memang MIG akan memberi nasihat tentang hal-hal yang berkaitan dengan peribadi tetapi tidaklah sampai meminta artis mereka supaya tidakbercinta. Selagi tidak menjejaskan kerjaya, mereka okey," kata Zalif.
Namun, Fida membalas bahawa Zalif barangkali lupa bahawa dia pernah bernaung di bawah syarikat MIG dan kenyataan Fida itu sekali lagi membuatkan Zalif terdiam. Ditanya apakah dia mencintai Fida, pelakon filem Ajiboy ini sekali lagi senyap.
Apapun, Fida pula memberitahu, pengakuan yang dibuatnya tentang Zalif di dalam sebuah portal adalah disebabkan kerana dia tidak mahu masyarakat membuat andaian yang bukan-bukan tentang mereka nanti.
"Lebih-lebih lagi bila melihat kami keluar bersama nanti. Jadi, lebih baik orang tahu kami sekarang ini memang rapat," katanya.sumber
0 comments:
Post a Comment