zamrispoon - Biar betul kopi
tahi gajah bakal terokai pasaran ? Mungkin korang penah dengar perkara
yang sama seperti ini seperti mana kopi lawak atau kopi tahi musang yang
merupakan kopi termahal di dunia iaitu dihasilkan di Indonesia, durian termahal dari kotoran gajah dan juga teh termahal dari tahi panda.
Tapi terdapat satu keunikan di Thailand, sebuah hotel, Anantara telah memperkenalkan kopi Black Ivory.
Berbeza dengan kopi tahi musang, Black Ivory
dihasilkan daripada tahi gajah. Black Ivory bukan kopi biasa, sebaliknya
ia dijual pada harga yang mahal iaitu kira-kira $1,100 dolar bagi
setiap kilogram. Ia bersamaan dengan harga $50 dolar bagi dua cawan kopi
berkenaan.
“Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah itu mengandungi protein.
“Memandangkan protes memainkan peranan utama dalam menentukan rasa pahit
kopi, maka kurang protein bermakna kopi yang dihasilkan akan kurang
pahitnya, ’’ demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hotel
berkenaan.
Proses menghasilkan kopi itu dilakukan di pusat penjagaan gajah milik hotel berkenaan di utara Thailand.
Sebanyak 30 ekor gajah menetap bersama dengan penjaganya.
Sebaik sahaja gajah berkenaan diberi makan biji kopi, maka biji
berkenaan akan dikutip semula selepas gajah itu membuang najisnya.
Kopi yang dikutip itu akan dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk kopi dan dinamakan Black Ivory.
sumber;http://zamrispoon.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment