Monday 12 November 2012

Filled Under:

maut ketika berlumba

MAHARAMI (kanan) menceritakan mengenai kemalangan yang 
menimpa anaknya ketika ditemui di Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah menemui ajal apabila motosikal yang mereka naiki untuk berlumba bertembung sesama sendiri di Kilometer 14, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini semalam.
Kejadian pukul 1.45 pagi itu menyebabkan seorang mekanik, Muhamad Fetri Kamsani, 21, dari Parit Puasa; Muhamad Sharul Ramadhan Maharami dan Syazwan Muhammad Rosdi masing-masing berusia 14 tahun dari Parit Haji Abdul Salam, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang berlumba dengan menaiki dua buah motosikal.
Katanya, Muhamad Fetri serta Muhamad Sharul masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dan Modenas Kriss manakala Syazwan merupakan pembonceng Muhamad Sharul.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers