gambar hiasan |
GEORGE TOWN — Seorang pemandu bas kilang maut selepas ditikam seorang lelaki dalam pertengkaran di hadapan sebuah kilang di Fasa 4, Bayan Lepas di sini kira-kira pukul 7.20 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt. Hatta Md. Zin berkata, mangsa S.Suresh Raja, 37, beralamat di 2-1-1 Lintang Sungai Batu, Taman Teluk Kumbar di sini maut ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di pinggang dan bahu.
Beliau berkata, menurut pengawal keselamatan kilang berkenaan, mangsa dilihat bertengkar di tepi jalan besar berhadapan kilang itu dengan dua lelaki dan seorang wanita.
"Dalam pertengkaran itu, saksi melihat seorang daripada lelaki yang bertengkar dengan mangsa bertindak menikamnya menggunakan sebilah pisau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, selepas kejadian itu, dua lelaki bersama wanita berkenaan melarikan diri dengan sebuah Proton Wira biru dengan nombor pendaftaraan PCW 6714.— BERNAMA
sumber;http://www.kosmo.com.my
0 comments:
Post a Comment