KOTA TINGGI - Lapan lanun Indonesia yang terbabit dalam cubaan merompak sebuah kapal di Tanjung Stapa, Pengerang dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lapan lanun terbabit yang masing-masing hanya dikenali sebagai Dane, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37; dan Zul, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshahid Abdul Malik.
Kesemua tertuduh bersama dua individu yang masih bebas didakwa cuba merompak secara berkumpulan menggunakan senjata berbahaya ke atas krew kapal MT Merlion 2 yang berlabuh di perairan Tanjung Stapa pada pukul 2.30 pagi 11 Disember lepas.
Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2G3zKS7IY
Hakcipta terpelihara
0 comments:
Post a Comment