Aksi Pramugari Me’nyot-Nyot’ Dalam Kokpit Tersebar Di Internet - HONG
KONG : Syarikat penerbangan Cathay Pacific semalam berkata, mereka
menjalankan “siasatan penuh” ke atas penyebaran sejumlah gambar didakwa
menunjukkan seorang kru melakukan seks oral terhadap juruterbang di
udara.
Jurucakap Cathay Pacific
berkata, setakat ini syarikat penerbangan Hong Kong itu mendapati ada
kemungkinan pramugari yang dipaparkan dalam gambar berkenaan adalah kru
kabin mereka.
“Siasatan masih diteruskan dan kami tiada sebarang komen lanjut setakat ini,” katanya.
Kenyataan itu dibuat
selepas beberapa media tempatan menyiarkan beberapa gambar menunjukkan
seorang wanita berpakaian merah seperti seragam Cathay Pacific melakukan
seks oral ke atas seorang lelaki.
Lelaki terbabit didakwa
juruterbang syarikat berkenaan, tetapi melalui gambar itu, dia kelihatan
tidak memakai pakaian seragam juruterbang.
Jurucakap Cathay Pacific berkata, tiada bukti menunjukkan aksi lucah itu berlaku dalam penerbangan.
“Kami juga mendapati tiada sebab untuk percaya bahawa aspek keselamatan diabaikan ketika itu,” katanya.
Dalam komen berasingan
kepada akhbar South China Morning Post, seorang jurucakap Cathay Pacific
berkata, satu daripada gambar berkenaan diambil dalam ruang kokpit
pesawat mereka.
“Tidak dapat dipastikan
sama ada ia berlaku ketika pesawat di udara atau bukan,” katanya.
Laporan menyatakan, gambar itu didakwa tersebar luas di ruangan forum
Internet untuk juruterbang.
Sumber berkata, individu yang dirakam dalam aksi lucah itu sebenarnya pasangan kekasih.
Akhbar Apple Daily pula
melaporkan, juruterbang itu- seorang warga asing – mengemukakan saman
kepada akhbar dengan mendakwa gambar berkenaan dicuri dari komputer
peribadinya.
Dia juga mendakwa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan. – AFP
0 comments:
Post a Comment