Thursday, 27 December 2012

Filled Under:

Awin Pengurus Bukan Tunang Pelakon Izzue Islam!


Awin Pengurus Bukan Tunang Pelakon Izzue Islam!
KUALA LUMPUR, 27 DIS 2012: Tidak berang mahupun terasa selepas mendengar luahan seorang peminat terhadapnya dalam program Panggilan Misteri Murai, sebaliknya pengurus kepada ahli Forteen, Izzue Islam yang ingin dikenali sebagai Awin menganggap peminat tersebut tidak tahu status sebenar antara dia dengan Izzue.



"Saya tidak mengenali Madam Za. Saya tidak pun terasa atau ambil runsing dengan luahan dia. Dia pun tidak tahu siapa saya sebenarnya. Saya adalah pengurus Izzue Islam, bukannya PA Izzue.
"Ketika insiden yang dimaksudkan peminat itu berlaku, keadaan memaksa saya berbuat sebegitu. Lagipun, saya kena jaga dan ambil berat tentang artis saya. Secara logiknya, hanya Pengurus Artis saja yang boleh berbuat sebegitu terhadap artis mereka dan bukannya PA.
"Mungkin peminat yang tidak berpuas hati itu baru kali perramaberjumpa Izzue. Dalam waktu itu juga, saya membantu PR dari pihak KRU untuk menjaga Forteen. Saya tidak kisah dan terima teguran itu," katanya kepada murai.com.my.
Meneruskan perbualan, Awin memberitahu dia tidak mampu menghebohkan status dirinya pada masa itu.
"Saya tidak akan menyalahkan siapa-siapa dalam hal ini. Pemanggil itu pun tidak kenal siapa saya. Takkanlah saya nak kecoh masa itu dengan memperkenalkan diri saya sebagai manager Izzue. Apapun, saya sudah lama menjadi pengurus Izzue.
"Malah, sejak awal penglibatan Izzue sebagai pelakon lagi, saya dah menjadi pengurus dia. Ketika itu, Izzue masih belum lagi menyertai Forteen. Dalam situasi pada malam itu, takkanlah saya nak abaikan Forteen.
"Saya pun turut membantu serba-sedikit dalam hal ehwal menjaga Forteen. Malah, kalau Forteen nak memberikan nombor saya kepada orang tertentu bagi menguruskan mereka pun, saya tidak halang. Terus-terang, isu ini tiada mendatangkan masalah buat saya. Saya okay dan ia adalah perkara biasa," jelasnya kepada murai.com.my.
Menjawab mengenai isu dia dikatakan sebagai teman wanita dan tunang Izzue, Awin memberitahu bahawa dia bukanlah seperti yang dimaksudkan.
"Dari dulu sampai sekarang, saya memang rapat dengan Izzue. Orang pun dah banyak kali cakap sebegini tentang kami. Sebelum Izzue menyertai Forteen, tiada pula tohmahan sebegini terjadi.
"Memang baru-baru ini wartawan ada bertanyakan kepada Izzue mengenai soal kahwin. Dia pun dah menjawab sepertimana yang telah disiarkan pihak media. Saya bukanlah tunang dia. Saya juga bukan kekasihnya.
"Izzue masih belum bertunang. Saya rasa ini hal peribadi. Lebih baik Izzue yang menjawab hal ini. Saya pun tidak perlu jawab dan tanyalah Izzue sendiri nanti," jelasnya mengakhiri perbualan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers