Thursday, 27 December 2012

Filled Under:

Bagelheads | It's So Damn Weird Fashion




First impression - dem weird la. Tengok gambar atas ni ... perghhh memang nampak pelik. Bukan disebabkan kecacatan kelahiran tetapi ianya merupakan antara 'fesyen' terkini di Jepun.

Nah, ini lagi pelik ...


Dan ini ... bukan lelaki sahaja ... tetapi wanita di Jepun pun ikut sama dengan fesyen yang erkk pada saya .... sangat gila ini!

Bagi mereka, fesyen dengan tattoo atau tindik sudah dianggap ketinggalan zaman. Bagelheads adalah satu modifikasi pada tubuh untuk menampakkan kelainan, menampilkan keunikan mereka.

Teknologi perubahan bentuk ini menggunakan cairan Salin (seperti yang digunakan dalam pembesaran buah dada) yang dicucuk ke dalam bawah kulit agar ia kelihatan membengkak dan membonjol. Dengan menggunakan beberapa teknik tambahan, ia dibentuk mengikut kemahuan si pemakai. Paling kerap ia digunakan di bahagian kepala terutama di dahi. Ia juga boleh dilakukan pada bahagian lain anggota badan seperti di kaki mahupun lengan.



Dan walaupun ianya nampak selamat, ada kesan sampingan seperti sakit kepala, ketengangan kulit serta otot dan mungkin terdedah kepada jangkitan kuman kerana penggunaan alat suntikan.

Walaupun begitu, bentuk ini tidak kekal, ia hanya bertahan selama 24 jam sahaja.

Sumber: http://syokbebenor.blogspot.com




4 comments:

  1. nk share leh tak..menarik ni,kasi semua tahu kerja gila ni...permohonan dari http://hotmasakini.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,, boleh saja bro ,,, permohonan di luluskan hahaha..

      Delete
  2. Replies
    1. hahahhaaa,, manusia nak jd hantu,,,

      Delete

Nuffnang Ads

Followers