Friday 7 December 2012

Filled Under:

betul ke ni?? 477 maut akibat taufan Bopha




SEORANG penduduk menggunakan tali untuk menyeberangi sebatang sungai di pekan Ne Bataan semalam selepas taufan Bopha melanda selatan Filipina pada Selasa lalu.


BATAAN BAHARU - Sejumlah 250,000 orang hilang tempat tinggal manakala 477 mangsa disahkan terkorban dalam bencana taufan terburuk di selatan Filipina pada tahun ini, kata beberapa pegawai semalam ketika pemerintah merayu bantuan daripada masyarakat antarabangsa.
Taufan Bopha melanda Pulau Mindanao pada Selasa lalu dengan meranapkan beberapa buah bandar dalam laluannya dan membawa angin kencang selain hujan lebat yang mencetuskan banjir serta tanah runtuh.
Seorang mangsa bencana tersebut, Erinea Cantilla dan keluarganya berjalan kaki selama dua hari untuk mencari makanan dan tempat perlindungan dalam keadaan berselut di bandar ini selepas bencana itu memusnahkan rumah dan kebun pisang serta koko milik mereka.
"Semua milik kami telah tiada. Apa yang tinggal kini ialah mangsa yang sudah mati," kata Cantilla kepada agensi berita AFP selepas dia dan suaminya bersama tiga anak dan seorang cucu mereka tiba di pinggir bandar ini yang turut terjejas akibat taufan itu.
Pasukan penyelamat menyatakan, mereka masih mencari 380 mangsa yang masih hilang ketika lebih 250,000 orang lagi berlindung di sejumlah sekolah, gimnasium dan bangunan lain selepas mereka tinggal sehelai sepinggang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2EJhBFMQA 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers