Sudah menjadi rutin hariannya mengadap paparazzi yang sentiasa mengejar cerita terkini penghibur unggul negara itu. Pembuka tirai 2013 menjadi tuah buat InTrend yang kini berwajah baru bermula Januari 2013.
Lebih dikenali sebagai 'revamp issue', InTrend yakin dengan kredibiliti Dato' Siti Nurhaliza sebagai ikon popular negara untuk menjadi penghias sampul hadapan pertama edisi terbarunya.
Inspirasi Gaya Hidup Anda yang setia menjadi cogan kata, InTrend ditafsir semula sebagai mengikuti kitaran fesyen, tatarias solekan terkini serta gaya hidup pembaca yang sentiasa up-to-date dengan trend terkini.
Menurut wakil editorial InTrend, Iqbaq V Azwan Mukhtaram, majalah itu bakal tampil dengan isi kandungan serta paparan gambar yang lebih chic, segar dan memberi lebih inspirasi kepada pembaca setianya.
Khas buat pembaca setia InTrend, isu Januari kali ini menghadiahkan pembaca bukan satu, tetapi dua pilihan kulit muka hadapan yang terhias wajah Siti Nurhaliza dalam gaya berbeza.
Diterjemahkan dalam imej yang mencerminkan peribadi Siti Nurhaliza yang sentiasa elegan dan sopan, ilham tersebut ternyata sesuai diabadikan buat diva glamor dan primadona pujaan hati peminatnya ini bagi menghiasi dua 'cover' InTrend.
Antara yang menarik mengisi halaman Januari 2013 adalah kisah sambutan ulangtahun ke-34 penyanyi nombor satu negara berkenaan pada 11 Januari yang terpaksa dilupakan demi memberi laluan kepada dugaan yang menimpa dirinya dan juga suami baru-baru ini.
Pihak Siti Nurhaliza juga telah dihubungi beberapa jam sebelum penyanyi tersebut berlepas ke New Zealand untuk melunaskan tanggungjawab sebagai isteri selepas suaminya, Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa ditimpa kemalangan jalanraya di Queenstown, New Zealand.
Untuk mengetahui apa yang diceritakan pelantun lagu Cindai itu khas buat pembaca InTrend, jangan lupa menyelak halaman Profil untuk mendapatkan kisah selanjutnya mengenai penyanyi kesayangan ramai itu.
Isu kali ini turut memuatkan temubual dengan para pelapis wira negara dalam arena masing-masing yang digelar Sinergi Gen Y.
Menampilkan wira sukan antaranya Dato' Lee Chong Wei, Pandalela Rinong dan Zulfahmi Khairuddin manakala Hatta Dolmat dan Shila Amzah masing-masing mewakili bidang fesyen dan muzik.
Tidak ketinggalan Izara Aishah dan model Shir Chong diangkat menjadi 'IT Girl' untuk tahun 2013 dan dipersembahkan dalam 'Lembaran Fesyen' menggayakan himpunan terhangat musim Bunga/Panas 2013.
Menurut Iqbal, isi kandungan setiap halaman yang disunting kemas pengarangnya menanti pembaca setia untuk mencedok inspirasi jagoan berjaya kini sebagai resolusi tahun baru anda.sumber
0 comments:
Post a Comment