Keputusan yang dibuat oleh pelakon berusia 37 tahun ini bukanlah disebabkan dia sudah letih berlakon tetapi kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarganya.
"Ya, saya rasa saya mungkin akan bersara daripada dunia lakonan. Lagipun, anak-anak saya kini sudah semakin meningkat remaja. Jadi, banyak perkara yang harus diuruskan di rumah," katanya.
Angelina Jolie dan tunangnya, Brad Pitt memiliki 6 cahayamata iaitu Maddox, 11, Pax, 9, Zahara, 7, Shiloh, 6, serta pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 4.
Tambah Angelina Jolie lagi, dia memang seronok menjadi seorang aktres dan berasa tuah kerana memiliki kerjaya seni yang seperti ini.
"Seronoknya apabila dapat merasai pelbagai pengalaman yang berharga, dapat berkongs cerita dan menjadi sebahagian daripada cerita yang ingin disampaikan, saya rasa ia satu kerjaya yang memberikan tuah buat saya.
"Namun, jika saya tidak melakukan kerjaya ini, saya lebih gembira jika dapat menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah," katanya lagi.sumber
0 comments:
Post a Comment