Friday 21 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Kahwin Tanpa Restu Fazurina, Bikin Ibu Jatuh Sakit!


Kahwin Tanpa Restu Fazurina, Bikin Ibu Jatuh Sakit!
KUALA LUMPUR , 21 DIS 2012: Berita perkahwinan pelakon Siti Fazurina Famir telah berkahwin tanpa restu keluarga sangat menyesakkan dada Murai Batu. Apa sudah jadi dengan pelakon Trilogi Cinta ini? Sudah kemaruk sangatkah nak berumah tangga sehingga tergamak membelakangkan keluarga?



Rasa ingin tahu memaksa Murai Batu 'menyiasat' siapa jejaka yang berjaya mencuri hati Fazurina sehingga aktres ini tidak mempedulikan perasaan keluarga. Malah, Murai batu difahamkan ibunya tekah jatuh sakit disebabkan perbuatannya itu.
Di laman peribadi Facebook milik Fazurina atau mesra dengan panggilan Nina ini, segala persoalan Murai Batu terjawab. Jejaka berusia 30 tahun yang kini bergelar suami kepada Nina, dikenali sebagai 'Hykal Zulkifli (akaun Facebook).
Namun, ada beberapa status yang agak menyentuh hati Murai Batu, apabila salah seorang ahli keluarga aktres tersebut telah menaikkan beberapa status yang menyatakan perasaan kesal mereka terhadap perbuatan Nina itu,
Antara status yang dinaikkan ialah: "This update goes straight to Siti Fazurina Famir - Mak aku kata dia sakit dada macam kena cucuk-cucuk. Because of you. And this is happiness for you? I wonder how you sleep at night."
Status tersebut sedikit sebanyak menyentuh hati Murai Batu sebagai seorang anak. Tak tergamak rasanya nak membayangkan bagaimana hancur dan luluhnya hati seorang ibu apabila anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari melakukan perkara yang tidak terduga seperti itu.
Kepada Siti Fazurina, Murai Batu harap awak dapat menjelaskan keadaan yang sebenar, terutama kepada ahli keluarga. Nak cakap lebih-lebih Murai Batu tak berani. Awak pun dah selamat diijabkabulkan, jadi tak salah rasanya kalau pulang ke pangkuan keluarga dan mohon restu mereka, terutama daripada ibu awak...
MuraiBatu: Teringat pepatah melayu lama: "Nasik lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Buang emak buang saudara, Kerana kekasih hamba turutkan"sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers