Friday 7 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Liverpool, Spurs intai peluang




DEFOE (tengah) dijangka mengemudi jentera serangan Tottenham pada aksi menentang Panathinaikos di White Hart Lane, London awal pagi esok.


LONDON - Dua kelab Liga Perdana England, Liverpool dan Tottenham Hotspur (Spurs) mengintai peluang untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Europa.
Liverpool dan Spurs berhasrat untuk mengikut jejak langkah Inter Milan, Lyon dan penyandang juara, Atletico Madrid yang telah mengesahkan tempat ke kelompok 32 pasukan terbaik.
Ketika ini, lima daripada 24 pasukan sudah melayakkan diri dan bersedia menghadapi pusingan kalah mati yang akan berlangsung Februari tahun depan.
Liverpool yang melakar kemenangan kedua daripada 10 perlawanan hujung minggu lalu berpeluang untuk mara ke peringkat melakukannya.
Skuad bimbingan Brendan Rodgers itu akan bertandang ke Itali bagi menghadapi cabaran Udinese dalam aksi Kumpulan A dan mereka perlu mengetepikan cabaran Young Boys yang dijangka bergelut menghadapi lawan yang sudah melayakkan diri, Anzi Ma- khachkala dari Rusia.
Liverpool dan Young Boys kini berkongsi tujuh mata daripada lima perlawanan tetapi skuad The Reds memiliki sedikit kelebihan berbanding kelab Switzerland itu berdasarkan rekod jaringan.
Pemain pertahanan antarabangsa Denmark, Daniel Agger yang menjaringkan gol tunggal kemenangan Liverpool ke atas Southampton hujung minggu lalu mengakui Liverpool memiliki peluang yang lebih besar.
"Keyakinan merupakan perkara terbesar ketika ini dan kami begitu yakin.
"Kami berani menguasai bola, kami juga akan terus menyerang. Kami tidak hanya bermain untuk bertahan. Ia sangat berbeza berbanding musim lepas," jelas Agger.
Sementara itu, dalam saingan Kumpulan J, Spurs bakal menanti kunjungan Panathinai- kos di White Hart Lane.
Sekiranya menang, kedua-dua pasukan akan layak ke pusingan kalah mati tetapi Spurs sekadar mengharap keputusan seri untuk layak.
Spurs bermula buruk pada November lalu selepas mencatat tiga kekalahan dalam saingan liga domestik.
Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas pantas membuat perubahan dalam pasukannya dan akhirnya mereka berjaya mencapai tiga keputusan yang membanggakan.
Penyerang Spurs, Jermain Defoe menyeru rakan-rakan sepasukannya agar menampilkan aksi terbaik bagi meraih kemenangan yang dicari-cari.
"Kami sentiasa menerima sokongan padu daripada para penyokong. Aksi Piala Europa merupakan antara detik terindah dan bakal menjadi sejarah.
"Kami terdesak untuk layak ke pusingan kalah mati dalam pertandingan ini kerana kami mahu mencipta sejarah gemilang musim ini," kata Defoe. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2EHp2FE8y 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers