Friday 21 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Logo Darul Takzim FC timbul kontroversi


Image © D5
Persamaan antara logo Richmond FC dan Darul Takzim FC menimbulkan banyak tanda tanya.


KUALA LUMPUR, (D5) - Logo yang diperkenalkan Darul Takzim FC mengundang kontroversi apabila seorang blogger di internet berjaya mengenal pasti persamaannya dengan kelab Richmond FC.



Richmond FC yang ditubuhkan pada 1885 merupakan kelab yang berpangkalan di Melbourne dan beraksi dalam 'Australian Football League' yang bermain dalam sukan ragbi.
Lakaran paten harimau yang digunakan oleh kedua-dua belah kelab dilihat begitu mirip sehingga menarik minat para peminat Liga Malaysia untuk mengetahui hal ini lebih lanjut.
Selain itu logo ini juga seakan-akan sama harimau yang digunakan dalam sebuah syarikat minuman alkohol berjenama terkenal.
Pasukan pada asalnya dikenali sebagai Johor FC pada saingan Liga Super musim 2012 ditukar kepada Darul Takzim FC selepas diambil-alih sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).
Sekali nama pasukan ini ditukar bagi memenuhi syarat yang ditetapkan FAM agar menggunakan nama yang didaftarkan mengikut Pesuruhjaya Sukan lalu akan dikenali sebagai Johor Darul Takzim dengan gelaran Harimau Selatan.
Di bawah pimpinan baru presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim maka Johor Darul Takzim berwajah baru dengan kemasukkan beberapa pemain skuad kebangsaan yang terdiri daripada Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali.
Malah mereka akan diperkuatkan lagi dengan kehadiran dua tonggak import dari Itali, Simone Del Nero dan juara Euro 2008 bersama Sepanyol, Daniel Guiza untuk membawa cabaran musim depan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers