Friday 7 December 2012

Filled Under:

fuyo!!! Selebriti harungi ketakutan



Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


KUMPULAN 30 artis yang terbabit dalam Fear Factor Selebriti Malaysia dibahagikan kepada 15 kumpulan.


SERAMAI 30 selebriti Malaysia yang yang menyertai program realiti TV terbaharu terbitan Astro, Fear Factor Selebriti Malaysia berjaya mengharungi cabaran yang paling ditakuti oleh mereka.
Menariknya, sebelum mengharungi cabaran tersebut, kesemua selebriti terbabit perlu menyenaraikan tentang apakah yang membuatkan mereka dilanda ketakutan.
Antara perkara yang ditakuti mereka termasuklah ketinggian dan binatang berbisa, namun ketakutan itulah yang perlu mereka hadapi ketika menyertai rancangan yang mengadaptasi program popular terbitan Amerika Syarikat, Fear Factor.
Lebih terperinci, contoh cabaran yang mereka perlu lakukan adalah seperti memakai sut yang berisi beribu-ribu ekor lipas, duduk dalam kontena yang penuh dengan ular, melompat ke dalam kereta yang tergantung di atas bangunan dan juga cabaran di dalam air.
Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, kesemua peserta yang dibahagikan kepada 15 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada dua peserta memperlihatkan kesungguhan dalam menyahut cabaran bagi mengatasi ketakutan dan kelemahan diri.
Mereka termasuklah Ezlynn dan Nik Micheal, Roslan Shah dan Azam Pitt, Elfira Loy dan Ajak (Shiro Raja Lawak), Gambit Saifullah dan Aliff Hadi, Akim AF dan Farish Aziz, Johan Ashaari dan Kaka, Dafi dan Zoey, Didie Alias dan Norisham Ismail serta Mejar Dr. Faiz dan Jehan Miskin.
“Semua selebriti berjaya mengharungi cabaran yang diberikan tanpa rasa takut,” ujar Khairul.
Perkara itu dipersetujui oleh aktor terkenal, Aaron Aziz yang bertindak sebagai hos Fear Factor Selebriti Malaysia.
Kata Aaron, tidak ada selebriti terbabit dengan program itu yang menolak untuk melakukan cabaran.
Walaupun ada juga yang gagal melakukan cabaran yang dihadapi tetapi mereka tetap berusaha untuk menghabiskannya.
Menjalani penggambaran selama sebulan di Cape Town, Afrika Selatan, menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli pula, Fear Factor Selebriti Malaysia telah diubah suai serta diberi nafas baharu mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.
“Kalau ikutkan format asal Fear Factor ada cabaran berunsurkan makanan yang menjijikkan tetapi dalam Fear Factor Selebriti Malaysia, perkara sebegitu tiada,” ujarnya.
Sementara itu pelakon Didie Alias yang bergandingan dengan suaminya Norisham Ismail mengakui, walaupun dia peserta paling berusia tetapi ia tidak menghalang dirinya melakukan cabaran yang diberi.
“Bukan mudah bersaing dengan orang-orang muda yang mana usia mereka menyamai anak-anak saya tetapi saya mampu melakukan setiap cabaran yang diberi,” tuturnya.
Tidak hanya selebriti, Aaron sendiri terpaksa melakukan cabaran untuk tujuan promosi dan montaj pembukaan program terbabit.
“Saya kena lakukan lima cabaran iaitu jatuh dari bangunan, aksi dalam kereta yang terbalik, duduk dalam kontena berisi ular, mencapai tali helikopter dan melakukan cabaran di dalam air.
“Bagaimanapun, cabaran dalam air saya tak buat sebab ketika itu saya kena penyakit pneumonia dan doktor sarankan supaya saya tidak lakukan cabaran tersebut,” jelasnya.
Pemenang utama akan menerima wang tunai sebanyak RM200,000 manakala pemenang bagi cabaran mingguan pula bakal menerima wang berjumlah RM10,000.
Fear Factor Selebriti bakal ditayangkan bermula 29 Disember ini sebanyak 13 episod di Astro Ria, saluran 104.
Ia akan ditayangkan setiap hari Sabtu pada pukul 9 malam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2EHl7hZaN 
Hakcipta terpelihara 




2 comments:

Nuffnang Ads

Followers