Wednesday, 5 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Suhakam siasat kes bazar larut malam Danau Kota




RIDZUAN (dua dari kiri) menyerahkan memorandum kepada Detta Samen di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memberi jaminan akan menyiasat aduan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berhubung insiden kekecohan di Bazar Larut Malam Uptown Danau Kota di sini pada Selasa lalu.
Pesuruhjayanya, Detta Samen berkata, pihaknya akan mendapatkan pandangan daripada agensi berkaitan bagi memperoleh gambaran menyeluruh mengenai kekecohan tersebut.
“Kejadian itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya pihak yang terlibat seperti peniaga dan penganjur bazar mengadakan perbincangan awal bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
“Pihak berkuasa juga tidak boleh bertindak kasar dalam menangani insiden tersebut kerana peniaga-peniaga di bazar tersebut merupakan warganegara Malaysia, bukannya pendatang asing,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu, Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah mewakili para peniaga Uptown Danau Kota menyerahkan memorandum tuntutan berkaitan kejadian tersebut kepada Suhakam


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm#ixzz2E6QXKzLI 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers