Saturday 8 December 2012

Filled Under:

fuyo!!Bekas Isteri Seri Bayu, Erema Mahu Kembali Menyanyi


Bekas Isteri Seri Bayu, Erema Mahu Kembali Menyanyi
KUALA LUMPUR, 7 DIS 2012: Selepas berumahtangga dengan penulis lirik Seri Bayu, penyanyi lagu Pelita Di Bawah Purnama, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau Erema pernah meninggalkan bidang nyanyian untuk menjaga suaminya yang derita sakit kronik.
Namun, selepas Seri Bayu menghembuskan nafas terakhir pada April tahun lepas, penyanyi yang berstatus ibu kepada seorang anak ini nampaknya sudah tekad untuk menyanyi semula demi mencari rezeki bagi menyara anak tunggalnya itu.
Sewaktu ditemui di Anugerah Industri Muzik (AIM19) baru-baru ini, Erema yang semakin langsing ini mengakui baru saja memulakan semula kariernya sebagai penyanyi.
"Saya masih lagi menyanyi. Sekarang ini, saya sedang mengintai untuk mencari komposer yang bagus untuk muncul semula.
"Dalam fikiran saya, saya berminat untuk menerima khidmat dari Ajai. Namun, saya juga masih lagi tertanya-tanya, siapakah komposer yang berminat untuk mencipta lagu buat saya," katanya.
Meneruskan penjelasan, Erema mengakui masih lagi rasa segan untuk bertemu semula dengan media kerana sudah lama menyepikan diri.
"Saya masih lagi single. Kini, anak saya tinggal di kampung. Buat masa ini, saya mahu fokus dan mahu kembali seperti dulu," ujarnya.
Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, meninggal dunia di Hospital Port Dickson selepas menderita sakit saraf selama enam tahun. Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Sebelum Seri Bayu meninggal dunia, Erema pernah menuntut cerai terhadap Seri Bayu sekitar Disember 2008. Erema telah berkahwin dengan Seri Bayu pada 19 Disember 2006.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers