Siti melalui laman twiternya menulis "Salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert...CT tak dpt ke sana kerna ada sesuatu yg x terduga. Mohon memahami ya."KL, 13 DIS 2012: Beberapa jam yang lepas, penyanyi popular, Dato' Siti Nurhaliza telah menaikkan satu status yang menjadi tanda tanya semua pihak di laman twiter miliknya. Bukan Siti sahaja, malah pengurus yang juga kakak iparnya turut menaikkan status maksudnya lebih kurang sama.
Melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena, Murai Batu yang masih dalam tanda tanya ni terus menjenguk ke laman sosial Facebook milik Rozi pula. Manalah tahu jika ada jawapan di sana.\
Tetapi...telahan Murai Batu meleset apabila Rozi turut menaikkan status yang hampir sama maknanya tetapi sedikit panjang iaitu, "Kita merancang Allah menentukan. Setiap sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya. Moga segalanya baik-baik sahaja. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Doa kami semua mengiringi, insyaAllah, tabah hati, dan senantiasa dlm lindungan Allah s.w.t. Kekal cekal. -Sangdewi buat boss. KL-Jakarta-Pekan Baru-Jakarta- KL. (Tidak ke Banjarmasin wpun kami sudah berada di dlm kapal terbang tadi..)."
Murai Batu difahamkan Siti ke Indonesia untuk menjayakan Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang diadakan di tiga lokasi berasingan iaitu di Pekan Baru (Riau), Jakarta dan Banjarmasin.
Namun mengikut status-status di laman sosial Facebook milik Rozi, Siti sempat menghiburkan peminat-peminat di Jakarta dan Pekan Baru, tetapi tidak sempat untuk ke Banjarmasin kerana kesulitan yang tidak dapat dielakkan dan terpaksa berpatah balik walaupun sudah berada di dalam kapal terbang ketika itu.
Walaupapun, Murai Batu doakan yang terbaik buat Siti dan keluarga.
Siti dijadualkan untuk mengadakan persembahan ketiga Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin malam ini bersama artis-artis Malaysia dan Indonesia seperti Rossa, Amy Search, Shila Amzah, Ungu, Armada, Inka Christie dan Titi DJ.
MURAIBATU: Sedang berdoa untuk yang baik-baik saja..sumber
0 comments:
Post a Comment