Patung Moais di Pulau Easter, Chile. |
Mungkin ada yang tahu akan patung gergasi ini yang terdapat di Pulau Easter (Isla de Pascua), Chile, Amerika Selatan. Ia merupakan pulau yang terpencil dan kaya dengan budaya lama. Dinamakan Pulau Easter (Paasch-Eylandoleh) seorang pengembara eropah - Jacob Roggeveen yang kebetulan tiba di situ pada hari Easter 288 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1722. Di kalangan orang tempatan, Pulau Easter juga dikenali sebagai Rapa Rui atau Big Rapa.
Oh ya ... patung gergasi ini dinamakan Moais, yang terbentuk dengan ukiran daripada lumpur, tanah serta abu yang terhambur dari gunung berapi. Terdapat hampir 600 patung Moais yang telah diukir oleh penduduk asal pulau ini. Ia melambangkan nenek moyang mereka dan bagi mereka kedudukan moyang mereka yang telah mati amat tinggi kerana percaya roh mereka melindungi pulau tersebut dari bencana.
Patung ini yang juga dikenali sebagai Megalith. Patung paling berat dipercayai mempunyai keberatan sehingga 75 tan dengan ketinggian menjangkau 9.9 meter.
Antara misteri yang masih lagi menghantui pakar mengenai pulau ini serta kewujudan patung ini ialah bagaimana ia diukir, dibentuk dari abu larva gunung berapi. Selain itu, jika ia telah diukir sedemikian rupa berdekatan dengan kawasan gunung berapi, bagaimanakah patung yang berat bertan-tan ini diangkut dan disusun di sana.

Sumber: Unsolved Mystery dan WOrld Viewer
0 comments:
Post a Comment