Wednesday, 26 December 2012

Filled Under:

NASA rancang asteroid jadi stesen angkasa lepas



GAMBAR menunjukkan asteroid Eros yang terletak dekat dengan Bumi.


WASHINGTON - Saintis Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang menjadikan sebuah asteroid seberat 500 tan sebagai stesen angkasa lepas untuk angkasawan-angkasawan yang dalam perjalanan ke planet Marikh.


Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan kelmarin bahawa projek melibatkan kos sebanyak AS$2.5 bilion (RM7.9 bilion) itu kini sedang dipertimbangkan oleh Pejabat Sains Dan Teknologi White House, Amerika Syarikat.
Jika projek tersebut diluluskan, asteroid sebesar dua buah bas dua tingkat itu bakal menjadi objek angkasa lepas pertama yang dijadikan stesen angkasa lepas.
Menurut satu laporan oleh saintis-saintis NASA dan Institut Teknologi California, sebuah kapsul penangkap asteroid akan disambungkan pada roket Atlas yang menuju ke arah asteroid tersebut yang terletak antara Bumi dan Bulan.
Sebaik sahaja menghampiri asteroid berkenaan, sebuah sarung berdiameter sekitar 15 meter akan dikeluarkan daripada kapsul tersebut.
Sarung yang disambung dengan menggunakan kabel itu digunakan bagi membalut asteroid tersebut.
Kapsul berkenaan akan menggunakan enjin berisi 300 kilogram bahan api untuk menghentikan putaran asteroid itu dan menarik objek itu ke lokasi tanpa graviti.
Asteroid tersebut yang berada dalam keadaan pegun akan digunakan sebagai pangkalan masa depan untuk misi-misi meneroka angkasa raya.
"Idea mengeksploitasi sumber semula jadi asteroid telah dikemukakan sejak lebih seratus tahun dahulu tetapi hanya baru sekarang, manusia memiliki teknologi untuk menjadikannya sebagai satu realiti," kata laporan NASA. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2G3sVyEPY 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers