GAMBAR X-ray menunjukkan sebatang paku tertusuk ke dalam kepala Dina
URUMQI, China - Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, Dina dibedah di sebuah hospital di sini untuk mengeluarkan paku sepanjang lima sentimeter di kepalanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian itu berlaku selepas seorang pekerja pembinaan di rumah ibu Dina di wilayah Xinjiang tertembak sebatang paku dengan menggunakan pistol paku ke arah kepala budak perempuan tersebut semasa sedang bekerja.
Sebelum itu, dia secara berjenaka mengacukan pistol tersebut ke arah sekumpulan kanak-kanak termasuk Dina sambil berkata: "Pergi jauh-jauh".
"Dia menjerit dan kami dapat melihat lubang kecil pada kepalanya dengan darah mengalir keluar. Bapanya segera membawanya ke hospital," kata ibu Dina, Ha Mina. harian metro.com
|
Friday, 28 December 2012
Filled Under:
harian metro
Paku tertusuk ke dalam kepala..!!
Posted By:
zamri spoon
on 16:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment