Bette Nesmith Graham telah mencipta liquid paper pertama di dapurnya
pada tahun 1951. Pada waktu itu dia bertugas sebagai jurutaip dan sering
melakukan kesalahan ketika menaip. Untuk melindungi kesalahannya, dia
mencipta cat putih yang diberi nama "Mistake Out" di dapur rumahnya.
Dia membotolkan cecairnya dalam botol-botol kecil dan sering mendapat
permintaan daripada rakan-rakan pejabatnya. Walau bagaimanapun, dia
dibuang kerja sebagai jurutaip akibat kerjanya yang selalu bermasalah.
Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga
beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik.
Dia pernah menjual produknya kepada IBM tetapi ditolak dan terus
menjualnya secara langsung selama 17 tahun. Dia menukarkan nama "Mistake
Out" kepada "Liquid Paper" dan pada tahun 1968, Gillette Corporation
membeli Liquid Paper pada harga AS$47.5 juta termasuk royalti.
Pada tahun 2000, Liquid Paper telah dibeli oleh syarikat Newell
Rubbermaid, syarikat Papermate adalah anak syarikat Newell Rubbermaid
yang banyak mengeluarkan alatan tulis di dunia.
-Gempak.org
Wednesday, 19 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment