Wednesday, 23 January 2013

Filled Under:

GEMPAR!! 3 maut lelaki tembak pengadu dalam mahkamah

gambar hiasan
Manila: Seorang lelaki Kanada melepaskan tembakan dalam mahkamah di sini semalam menyebabkan dua orang maut dan seorang pendakwa cedera sebelum dia ditembak mati polis.

Pihak berkuasa memberitahu, kejadian berlaku ketika dia dihadapkan ke depan hakim untuk dibicarakan atas tuduhan memiliki senjata haram.

Suspek berkenaan, John H Pope, 65, hadir di mahkamah di tengah bandar Cebu, tempat tinggalnya.


Keluar pistol dalam mahkamah

Sebaik berada di bilik perbicaraan, dia mengeluarkan sepucuk pistol sebelum menembak seorang peguam, Julian Achas dan Dr Rene Rafols yang memfailkan kes ke atasnya, kata polis.

Pope kemudian melepaskan tembakan ke arah seorang pendakwa, Maria Theresa CasiƱo sebelum anggota polis menembaknya, kata ketua polis Cebu, Mariano Natuel.

Casino adalah pendakwa yang mengetuai kes terhadap Pope atas tuduhan pemilikan senjata haram.
Tak peduli arahan

Pengarah polis wilayah, Marcelo Garbo berkata Pope tidak mempedulikan arahan supaya menyerah diri dan cuba melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Pihak polis berkata, mereka sudah melancarkan usaha menyiasat latar belakang Pope.

Pada 2011, media tempatan melaporkan mengenai Pope selepas dia ditahan polis atas tuduhan memiliki senjata api secara haram.

Doktor yang mati kena tembakannya menuduh Pope yang juga jirannya, mengacu senjata dan mengugutnya serta penghuni lain di kondominium mereka.

Ketika itu, Pope dipetik sebagai berkata, pistol yang digunakannya adalah untuk mempertahankan diri.

Kejadian terbaru di Filipina

Selain tuduhan memiliki senjata haram, dia juga didakwa berniat jahat melakukan kerosakan dan mengugut.

Kejadian tembakan itu adalah yang terbaru selepas beberapa pembunuhan melanda Filipina hingga mencetuskan gesaan supaya peraturan untuk memiliki senjata api diperketatkan.

Polis masih menyiasat bagaimana Pope boleh masuk ke mahkamah dengan senjata meskipun kawalan adalah ketat.

Polis mengesyaki Pope menggunakan surat khabar untuk menyembunyikan senjata itu dengan anggota keselamatan hanya memeriksa pingganggnya.

Alat pengesan logam tidak dipasang di mahkamah.
- AGENSI                                




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers