Wednesday, 23 January 2013

Filled Under:

GEMPAR!! PENCULIK HANYA MAMPU CULIK KANAK2 1/2 JAM SAHAJA..

gambar hiasan
KUALA TERENGGANU — Tindakan pantas polis telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada diculik selepas setengah jam mangsa dibawa lari bersama kenderaan Mitsubishi Storm milik bapanya di Kemaman pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika mangsa dikatakan, sedang tidur di tempat duduk belakang kenderaan tersebut yang ditinggalkan ibu dan bapanya yang singgah di sebuah stesen minyak di Kijal untuk ke tandas.
Melihat kenderaan berkenaan tidak dikunci dengan keadaan enjin masih hidup, seorang lelaki dilapor melarikan kereta tersebut dan memecut ke arah Dungun.
Kejadian bagaimanapun disedari ibu mangsa yang berusia 37 tahun apabila melihat kereta itu bergerak dan dia bersama suaminya yang merupakan seorang peniaga berusia 47 tahun terus menghubungi pihak polis.
Keluarga itu dari Kijal sedang menuju Chukai untuk urusan perniagaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, selepas menerima maklumat tersebut, polis daerah Kemaman terus membuat operasi sebelum melihat kenderaan tersebut di Kerteh.
"Lebih kurang pukul 11 pagi, anggota polis berjaya memintas kenderaan curi itu kira-kira 70 kilometer dari tempat ia dilarikan.
"Kanak-kanak lelaki itu pula ditemui dalam keadaan terpinga-pinga selepas terjaga dari tidur tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar— www.kosmo.com






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers