gambar hiasan |
Suva: Dua remaja dituduh pihak berkuasa Fiji cuba melakukan sihir
selepas menggali kubur, mencuri tengkorak dan menyembunyikannya. Remaja
berusia 17 dan 19 tahun itu dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan
menceroboh perkuburan dan berlagak ahli sihir. November lalu, polis Fiji
mengeluarkan kenyataan menuduh remaja tidak dinamakan itu menggali
kubur lelaki 60 tahun yang meninggal empat tahun lalu.
Mereka kemudian menyembunyikan tengkorak di bawah pokok kira-kira 1.6 kilometer dari situ.
Akhbar Fiji Times melaporkan, adik lelaki yang mati itu memaklumkan
polis di bandar Savusavu terhadap insiden itu minggu ini.
Ia menyatakan, tuduhan itu membawa hukuman maksimum lima tahun penjara. AP
Mereka kemudian menyembunyikan tengkorak di bawah pokok kira-kira 1.6 kilometer dari situ.
Ia menyatakan, tuduhan itu membawa hukuman maksimum lima tahun penjara. AP
0 comments:
Post a Comment