Tuesday, 22 January 2013

Filled Under:

Hakim Indonesia dihadap ke tribunal

gambar hiasan 

Jakarta: Seorang hakim kanan Indonesia akan dihadapkan ke tribunal etika kerana mengatakan mangsa rogol berasa seronok dengan perbuatan itu, kata seorang pegawai kerajaan semalam selepas suruhanjaya kehakiman menyarankan penyingkirannya.
Suruhanjaya itu yang memantau tingkah laku dan profesionalisme hakim Jumaat lalu memutuskan bahawa komen hakim mahkamah tinggi, Daming Sunusi ketika sesi soal jawab untuk jawatan di mahkamah agung adalah “memalukan”, kata jurucakap Asep Rahmat Fajar kepada media.

“Suruhanjaya menyoalnya minggu lalu. Kami menyimpulkan bahawa dia melanggar kod etika kehakiman menyalahi tingkah lalu sewajarnya seorang hakim,” katanya. “Kami mengesyorkan hukuman yang berat bahawa dia patut disingkirkan daripada jawatannya sebagai hakim. Dia kini akan berdepan dengan tribunal etika, di mana dia mempunyai peluang untuk membela diri,” kata Asep Rahmat sambil menambah tribunal akan diadakan secepat mungkin.


Daming membuat kenyataan itu dalam sesi soal jawab sama ada hukuman mati perlu diperkenalkan untuk perogol. Dia mengatakan bahawa hukuman itu tidak patut dikenakan kerana “mangsa rogol dan perogol sama-sama seronok dengan perbuatan itu”, mencetuskan kemarahan di kalangan ahli Parlimen dan aktivis kemanusiaan yang menggesa dia segera dipecat daripada jawatannya. - Jakarta Post




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers