Tuesday 8 January 2013

Filled Under:

HOT!! Adik Kandung Leuniey Hadir, Tak Sangka Apex Jadi Abang Ipar



Adik Kandung Leuniey Hadir, Tak Sangka Apex Jadi Abang Ipar: Dua hari sebelum Khairul Fahmi Che Mat atau Apex disatukan dengan Leuniey Natasha, media tempatan heboh melaporkan bahawa ayah kandung Leuniey iaitu Jaafar tidak akan hadir pada majlis pernikahan dan resepsi di sebelah pihak perempuan.
Malah, adik kandung Leuniey, Arief Danial Jaafar, 19, yang tinggal bersama ayah kandung Leuniey juga turut diberitahu tidak akan hadir ke majlis berkenaan. Bagaimanapun, air dicincang tidak akan putus.
Hubungan akrab Danial bersama Leuniey berjaya membuka hati Danial untuk hadir sama ke majlis pernikahan dan resepsi bagi memeriahkan lagi perkahwinan kakak sulongnya itu.


Malah, Daniel yang hadir keseorangan tanpa ayah kandungnya itu telah mengenakan pakaian sama warna dengan adik-beradik yang lain. Difahamkan, baju tersebut telah disediakan khas oleh Leuniey.

Di samping itu, seorang lagi adik kandung Leuniey yang tinggal bersama Leuniey iaitu Ameer Ashraff Jaafar,15, mengakui terkejut tatkala pertama kali mendapat tahu bahawa Apex bakal menjadi abang iparnya.
"Saya peminat abang Apex. Jadi, saya terkejut dan tidak sangka dia sekarang sudah menjadi abang ipar saya. Apa sekalipun, saya gembira dan berharap abang Apex dapat menjaga kakak saya dengan baik sekali," ujarnya kepada murai.com.my.
Apa yang pasti, kedua-dua adik kandung ini telah pun membongkar rahsia Apex dan Leuniey menerusi program Walimatul Urus Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha yang telahdisiarkan di Astro Ria Saluran 104 pada Sabtu (5 Jan 2013) jam 10 malam yang lalu.
Program istimewa ini turut menampilkan rahsia sebenar percintaan Apex dan Leuniey yang mana ianya diterbitkan secara eksklusif sebanyak tiga episod.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers