Tuesday 8 January 2013

Filled Under:

HOT!! Aktor Sharifah Amani, Pemuzik AG Coco Sah Bercinta?



Aktor Sharifah Amani, Pemuzik AG Coco Sah Bercinta? Sebelum ini Murai Batu hanya mendengar daripada orang sahaja tentang gosip mereka yang dikatakan bercinta tapi kali ini pelakon Sharifah Amani sendiri seperti mengiyakan khabar angin berkenaan apabila memuat naik sekeping gambar dalam laman sosial foto Instagram miliknya.

Foto yang baru sahaja dimuat naik lewat malam semalam itu Murai Batu lihat agak mesra dan intim apabila mereka sama-sama dilihat sedang berdiri bersebelahan sambil tangan AG Coco memeluk Sharifah Amani.
Malah Sharifah Amani siap buat kejutan lagi sebelum itu dengan meninggalkan tanda tanya siapakah lelaki berambut panjang bersamanya dari posisi belakang berkenaan. Kemudian barulah memuat naik sekeping gambar lagi yang mengesahkan lelaki bersamanya itu adalah AG!
Dalam caption gambar mereka kedua dari posisi hadapan itu, Sharifah Amani hanya menulis 'Cakk!'. Tindakannya itu seolah-olah menunjukan dia sudah bersikap terbuka dan selesa untuk memberitahu sekaligus memperkenalkan kepada umum tentang hubungan cinta mereka selama ini.
Sebelum ini AG Coco dikatakan pernahbercinta dengan penyanyi Ombak Rindu, Adira namun hubungan mereka tiba-tiba telah disahkan putus oleh Adira selepas gosip AG bercinta dengan Sharifah Amani timbul.
Ada juga gosip yang mengatakan Sharifah Amaniadalah orang ketiga penyebab kepada hubungan Adira dan AG putus! Tapi Adira telah pun menafikan dalam kenyataannya kepada portal Murai sebelum ini.
Amboi laku betul AG ni Murai Batu tengok! Mesti ramai lelaki yang makan hati. Mana taknya wanita yang dikaitkan dengannya itu putih dan gebu. Lagi 1 persamaan yang Murai Batu tengok wanita pilihannya ini masing-masing genit dan comel serta berambut pendek.
Wahhh untunglah kann...Murai Batu jer yang masih single lagi ni! Kuikui apa-apa pun Murai Batu harap hubungan Sharifah Amani dan AG Coco kali ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin...chewahhhh!sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers