Wednesday 9 January 2013

Filled Under:

HOT!!! Anuar Zain Kecewa Foto Dieksploitasi Pihak IB?



Anuar Zain Kecewa Foto Dieksploitasi Pihak IB? Baru-baru ini, pihak Istana Budaya telah melancarkan program-program baru yang akan menghiasi pentas tersebut sepanjang tahun 2013 ini dan Murai Batu pun sempat membelek buku program Istana Budaya yang dibawa pulang oleh salah seorang editor Murai yang telah menghadiri pelancaran program tersebut.

Dalam banyak-banyak program yang Murai Batu belek di dalam buku itu, Murai Batu tertarik kepada konsert Budi yang dijangka akan berlangsung pada 29 hingga 31 Januari ini.
Mana taknya, barisan artis yang tertera di posternya itu menampilkan nama-nama besar industri seperti Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, Shila Amzah dan Jamal Abdillah. Tak sabar Murai Batu hendak menonton kesemua nama besar itu beraki nanti!
Tapi, yang mengejutkan Murai Batu, ada pula rakan Murai Batu memberitahu bahawa penyanyi Anuar Zain khabarnya tidak tahu menahu langsung mengenai kewujudan konsert itu, malah terkejut apabila fotonya digunakan di dalam poster tersebut. Aik? Macam mana boleh jadi macam ini?
Tambah rakan Murai Batu itu lagi, Anuar Zain kecewa dengan tindakan Istana Budaya yang tidak menanyakan atau memberitahu apa-apa kepadanya mengenai konsert itu.
Namun , Murai Batu diberitahu lagi, jika benar Istana Budaya mahu menawarkannya untuk melakukan konsert itu , Anuar Zain sendiri khabarnya tidak akan menerima tawaran tersebut kerana dia sendiri sedang sibuk membuat persiapan untuk konsert terbesarnya berjudul Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari pada 14 Februari ini.
Jika benarlah yang dikhabarkan rakan Murai Batu itu, isu ini mungkin akan boleh menjadi besar jika Anuar Zain mengambil tindakan undang-undang. Namun Murai Batu harap Istana Budaya lekas-lekaslah beri penjelasan serta meminta maaf kepada Anuar Zain mengenai hal ini, supaya ianya tidak berlarutan.
Tak silap Murai Batu, ini bukan kali pertama Istana Budaya bertindak sebegini kerana sebelum ini foto pengacara Aznil Hj Nawawi juga telah digunakan di poster teater Ali Baba sebelum mendapat persetujuan Aznil sendiri.
Namun isu itu tidak diperbesarkan kerana Aznil sendiri bersetuju untuk melakukan pementasan itu walaupun fotonya digunakan sebelum mendapat persetujuannya.sumber




1 comments:

Nuffnang Ads

Followers